Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 1, 2022 @ 5:59pm

[VIDEO] Insiden Lelaki Tegur Aurat Wanita Secara Terbuka, Pendapat Izara Aishah Dikecam Warganet – “Niat Untuk Menginsafkan Atau Memalukan?”

Baru-baru ini, sebuah video tular di aplikasi TikTok memaparkan seorang individu lelaki teruk dicemuh dan ditegur akibat tindakannya yang secara lantang mengkritik penampilan seorang wanita dipercayai terlalu ‘seksi’.

“Tak malu ke pakai macam ni?” ujar lelaki tersebut lantas wanita itu terus memberitahu suaminya mengenai teguran yang diterima.

Tidak berdiam diri, suaminya dengan berani tampil membidas serta memberi teguran pedas terhadap tindakan lelaki tersebut yang dianggap sangat biadap.

“Jaga adab tu. Abang tak ada adab dengan isteri saya, saya tak ada adab dengan abang. Ingat, dosa dia saya tanggung okay! Dia isteri saya,” ujarnya dalam nada berang.

Video tersebut turut mencuri perhatian selebriti terkenal, Izara Aishah yang tidak bersetuju dengan tindakan lelaki berkenaan kerana menegur penampilan wanita itu secara terbuka.

Menurut Izara, cara yang betul untuk menegur penampilan seseorang adalah secara persendirian ataupun berbisik kepada suami wanita itu, bukan secara terang-terangan.

“Betul. Dia suruh jaga adab. If you are a stranger, as Muslims you should tegur in private or whispers to the husband. Itu cara yang sah. #truth,” tulisnya.

Namun begitu, Izara teruk dikecam oleh warganet TikTok yang tidak bersetuju dengan pendapatnya itu.

Menurut mereka, tindakan lelaki berkenaan adalah betul kerana dikatakan menjadi wakil untuk menegur sesuatu perkara yang salah.

“Ah dah gaduh kat TikTok. Hahaha gotta stay out of social media. Nak kena sembahyang taubat haha ada terkesian kat orang.

“Sekali banyak budak-budak sekolah menjadi keyboard warrior. Larikk! Bahaya lah comment kat sana ya, haha!,” tulisnya menerusi sebuah ciapan di Twitter.

Ekoran itu, Izara tampil menjelaskan mengenai maksud disebalik kenyataannya itu yang berkata seeloknya individu berkenaan seharusnya menundukkan pandangan.

“Mungkin ayat saya kurang jelas. Sebetulnya perempuan menegur perempuan dan kalau bukan dari kaum yang sama boleh tundukkan pandangan.

“‘Tak malu ke pakai macam ni?’ Adalah cara menegur yang anda banggakan? Setelah ‘menegur’ masih dipandang-pandang. Niat untuk menginsafkan atau memalukan?” tambahnya di ruangan komen video tersebut.

Semetara itu meninjau di ruangan Twitter miliknya, Izara turut memuat naik beberapa ciapan berserta tangkapan skrin komen-komennya di video TikTok tersebut.

“Kalau ye nak tegur sangat sebetulnya minta yang wanita dari kenalan pakcik tegurkan. Si suami ni dah la mualaf.

“Dia marah pakcik direspect the wife that is why dia tak dapat nak kawal kemarahan. Sian.

“Ada yang kata pakcik terima bisikan Allah untuk menegur gitu. Adui la,” tulisnya di akaun rasmi Twitter miliknya.

“Nak buat macam mana bukan saya yang letak syarat gitu. Tegur generally dan tegur secara individu lain. Salah perempuan tak menutup aurat memang salah.

“Hina mana pun dia, kita yang nak menegur ni kena la buat perangai menginsafkan dia,” tambahnya lagi menerusi ciapan yang lain.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 May 2023

Guna Pendekatan Lebih Segar & Ikut Trend, EMI Kini Kembali!

Wahh mesti lagi ramai bakat-bakat hebat yang akan bersinar dengan EMI Music Malaysia!

Hiburan Wed, 29 Jan 2020
Hiburan Sun, 18 Jan 2026

Mengaku Sukar Jadi Penerbit, Jaja Ishak Ulas Isu Produksi Gagal Buat Pembayaran – “Sanggup Tangguh Shooting Jika Bajet Tak Cukup”

Jaja Ishak menegaskan sepanjang 10 tahun bergelar penerbit, pihaknya tidak pernah berdepan isu gagal membayar kru atau pelakon.

Events Mon, 24 Sep 2018

SEVENTEEN’s Concert in Malaysia Was…Amazing?

Here’s an avid concert-goer’s review of everything that went down last night.

Featured Mon, 2 Dec 2024

“Ambil Seberapa Banyak Yang Awak Nak”- ‘Letak’ Kepercayaan Pada Khairul Aming, Pemilik Mydin Tawar Bantuan Buat Mangsa Banjir

Datuk Ameer Ali Mydin memberi kepercayaan penuh kepada anak muda asal Kelantan itu dalam usaha membantu penduduk yang terjejas akibat banjir.

Featured Thu, 16 Mar 2023
error: Content is protected !!