Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain August 2, 2022 @ 10:52am

Uyaina Arshad Kongsi Pengetahuan Mengenai Susu Kambing, Ibu-ibu Hamil Perlu Tahu!

Pelakon dan pengacara jelita Uyaina Arshad, berkongsi pengetahuan mengenai pengambilan susu kambing ketika hamil kepada pengikutnya.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, Uyaina menyatakan hasratnya untuk cuba minum susu kambing kerana dikatakan dapat memberi kebaikan kepada ibu mengandung dan bayi dalam kandungan.

Namun, perkongsian tersebut mendapat respond daripada seorang doktor selebriti, Dr. Malar Santhi menerusi ‘direct messages’ yang berkongsikan tentang keburukan susu tersebut.

“Jangan bagi baby susu kambing sebab boleh menyebabkan gagal fungsi hati.

“Keguguran boleh berlaku kalau minum susu mentah. Ibu mengandung boleh je minum susu apa sekalipun asalkan dah dipasteur dan disteril,” kongsi Uyaina.

Menurut Dr. Malar, pengambilan susu kambing ketika hamil tidak menjadi masalah kepada ibu mengandung sekiranya bacaan darah diparas yang normal.

Namun, susu kambing tersebut tidak disarankan untuk diberikan kepada bayi kerana dikhuatiri akan menyebabkan kegagalan fungsi hati.

Selain itu, doktor selebriti itu juga sempat menjelaskan mengenai kepentingan ibu mengandung untuk meminum susu haiwan yang telah dipastur dan disteril bagi mengelakkan keguguran.

“Semua jenis susu binatang boleh membawa bakteria yang boleh memudaratkan manusia jika tidak dipasteurkan atau dimasak sebelum diminum.

“Susu lembu kaaa, susu kambing kaaa, susu unta kaaa, kalau anda terima hat mentah, toksahlaaaaa minum mentah-mentah. Anda mesti masak dulu sampai mendidih atau mempasteurkan susu sebelum selamat diminum oleh manusia,” jelas Dr. Malar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Menurut beliau, bakteria yang terdapat di dalam susu kambing dan lembu seperti Brucella, Campylobacter, Cryptosporidium, E. coli, Listeria dan Salmonella boleh memudaratkan manusia.

Dalam perkongsian tersebut juga, Uyaina berharap info yang dikongsikan itu dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh ibu-ibu mengandung di luar sana.

“Harap ibu-ibu semua alert ya. Semoga Allah permudah urusan kita mengandung dan melahirkan,” katanya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 6 Nov 2023

Fattah Amin & Fazura Bergabung Dalam Prekuel Mat Kilau?

Wah, mesti gempak ni berlakon suami isteri❤️‍🔥❤️‍🔥

Featured Mon, 27 Feb 2023
Trending Wed, 25 Mar 2020
Trending Fri, 28 Feb 2020

“Ego, Cerebral Palsy Dan Keguguran”- Angkat Isu Rumah Tangga, Drama Maaf Tak Indah Main Emosi Netizen

Masalah rumah tangga dalam sesebuah perkahwinan bukan lagi sesuatu yang dikira sebagai”taboo”. Isu seperti penderaan fizikal dan mental, poligami, nafkah zahir dan batin, kesuburan merupakan antara masalah rumah tangga yang sering menjadi topik dan bualan […]

Trending Sun, 3 May 2020
error: Content is protected !!