Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 5, 2022 @ 6:14pm

Rai Ulang Tahun Ke-73, Isteri Dedah Peribadi S Atan – “Pernah Dia Pinjamkan Duit Demi Kesenangan Orang Lain..”

Komposer dan penerbit muzik legenda, S Atan yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-73 diraikan dalam sebuah acara penuh meriah di Hotel Royal Chulan Damansara, baru-baru ini.

Dihadiri oleh keluarga dan teman rapat, rakan-rakan selebriti Malaysia serta Singapura seperti Ramlah Ram, Siti Fairuz, Uji Rashid, Datuk Ramli MS, Sanisah Huri, Otman Hamzah dan ramai lagi turut mencuri masa untuk meraikan hari jadi komposer kesayangan mereka.

Terharu dengan usaha yang dilakukan oleh rakannya, S Atan bersyukur kerana diraikan dengan penuh meriah.

“Sebenarnya majlis malam ini adalah hadiah daripada rakan saya, Datuk Seri Rohaizat Musa. Saya rasa sangat bertuah dan gembira kerana diraikan oleh keluarga, teman dan rakan artis.

“Terima kasih kepada Rohaizat atas sambutan ini. Saya sendiri bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk meraikan hari lahir bersama mereka yang saya sayangi,” katanya yang merupakan bapa saudara kepada pengarah muzik, Datuk Ramli MS.

Dalam pada itu, isteri S Atan, Norizan Yeob, 58, turut berbesar hati dan bersyukur apabila hari lahir suaminya diraikan dengan penuh kegembiraan.

“Saya berterima kasih atas sokongan daripada semua pihak terhadap suami tercinta. Saya bersyukur kerana dikurniakan suami yang baik dan bertanggungjawab.

“Saya terharu kerana sikap positif yang dimiliki suami membuatkan ramai yang menyenanginya. Sebagai isteri sudah tentulah saya melihat kesungguhannya untuk terus membahagiakan keluarga sebagai suatu anugerah.

“Bagaimanapun, ada satu sikap yang saya nampak ialah dia suka gembirakan kawan-kawan sekeliling. Pernah dia pinjamkan duit, demi untuk kesenangan orang lain.

“Memang dia nak sangat membahagiakan kawan-kawannya. Sampaikan ada ketikanya saya sendiri rasa pelik dengan suami sendiri. Kadang-kadang saya ada cakap kepadanya, tak boleh begini.

“Nanti orang akan fikir lain. Cuma itulah… dia suka tengok orang lain bahagia. Tapi kami tidak pernah terfikir pun untuk dapat balasan daripada apa yang dilakukan. Malah bila adanya sambutan hari jadi yang dianjurkan khas kepada suami, saya bagi pihaknya rasa syukur dan terharu. Terima kasih.

“Ramai rakan artis, sahabat dan peminat yang hadir termasuk dari Singapura walaupun ada yang awal-awal lagi beritahu tak berkesempatan untuk datang atas kekangan tersendiri, akan tetapi kami memahami. Cuma atas kapasiti yang terhad, saya pun nak mohon maaf,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 29 Oct 2018

Klon Allahyarham A. Ramlie Janji Teruskan Perjuangkan Pop Yeh Yeh

Sekitar tahun 2006 hingga 2009, A. Rozainie pernah menghasilkan album pertama di Singapura. Selepas itu saya pulang ke Malaysia dan menghasilkan album Fatimah Pujaanku.

Hiburan Mon, 1 Apr 2019
Hiburan Tue, 5 Dec 2023

Enggan Susahkan Penganjur & Tak Mahu Hampakan Peminat, Ayu Damit Teruskan Menyanyi Walaupun Baru Tiga Hari Bersalin

Power lah! Baru 3 hari bersalin… dah boleh nyanyi siap tarik nada tinggi lagi!

Hiburan Sat, 29 Mar 2025
Featured Thu, 22 Jul 2021

“Yang Salah Bubuh Dalam Lokap, Yang Betul Teruskan Perjuangan”- Respons Sharnaaz Ahmad Isu Ebit Lew & Caprice

Nampaknya isu antara pendakwah terkenal Ebit Lew dan penyanyi rap Caprice masih belum surut walaupun setelah laporan polis dilakukan semalam. Terbaru, pelakon Sharnaaz Ahmad yang terkenal dengan kelantangannya bersuara menasihati agar kedua-dua pihak dapat berdamai […]

Hiburan Mon, 30 Oct 2023
Hiburan Fri, 11 Oct 2019
error: Content is protected !!