Euforia Bola 2026
familuv By: Maya Basir August 12, 2022 @ 1:41pm

Idam Nama Nabi, Isa Buat Akim Bangga Jadi Bapa

Penyanyi Akim Ahmad, 31, mendedahkan sudah lama dia menyimpan hasrat untuk meletakkan nama nabi sebagai pilihan utama jika Allah SWT kurniakannya dan isteri, Stacy Anam seorang anak lelaki.

Menurut Akim, selepas lima tahun, dia tidak menyangka hasrat itu tercapai dengan kehadiran Isa, putera sulung yang baru sahaja dilahirkan pada 6 Ogos lalu.

“Saya memang teringin nak letak nama nabi pada anak lelaki. Ada beberapa nama yang telah disenarai pendek, tetapi akhirnya saya dan Stacy pilih Isa sebab dekat dengan nama anak kedua kami, Eishal.

“Sebutannya hampir sama. Malah, Isa kalau digabungkan dengan Bella (nama anak sulung) akan menjadi Isabella.

“Nama itu dirasakan sesuai untuk anakanda kami ini dengan harapan, mudah-mudahan hubungan mereka adik-beradik akan sentiasa akrab dan saling sayang-menyayang,” katanya.

Akim ditemui semasa sidang media konsert Nyawa – Akim & The Majistret dan Azlan & The Typewriter di ibu kota.

Pada masa sama, Akim sangat gembira dengan kelahiran Isa kerana menginginkan anak lelaki dalam keluarga kecilnya.

“Saya anggap ini rezeki buat kami sekeluarga. Bila dapat anak lelaki ini, bolehlah nanti ajak main bola sama-sama. Saya sebelum ini pernah cakap pada Stacy, teringin nak azankan anak.

“Bila anak perempuan lahir, kita akan iqamahkan, tetapi jika lelaki, kena azankan. Itu yang sering saya mahukan.

“Alhamdulillah, Allah kurniakan kami dengan kehadiran Isa setelah menunggu lama. Sedikit pun saya tak menangis sewaktu Isa berada dalam dakapan buat pertama kalinya.

“Perasaan yang berbeza semasa Eishal dilahirkan. Isa buat saya lebih bangga kerana akhirnya ada anak lelaki,” katanya.

Berkongsi tentang konsert yang menggabungkan Akim & The Majistret dan Azlan & The Typewriter, dia teruja untuk bertemu peminat selepas sudah sekian lama tidak beraksi dan menghiburkan peminat.

Tambah Akim, konsert gabungan dua kumpulan ini tidak pernah dilakukan mereka sebelum ini.

“Konsert ini akan menggabungkan dua vokal berbeza iaitu saya dan Azlan. Saya ambil peluang dan tawaran ini untuk sama-sama melakar sejarah bersama Azlan & The Typewritter,” katanya.

Konsert Nyawa yang dibawakan oleh Khatulistiwa Productions ini akan diadakan pada 16 September ini bertempat di Zepp Kuala Lumpur.

Tiket telah mula dijual pada harga RM150, RM180, RM230 dan RM280 menerusi laman sesawang http://ticket2u.com.my/nyawa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Feb 2023

Konsert Blue Berlangsung 75 Minit Buat 2,900 Peminat Tidak Puas Berhibur!

Tengah sedap-sedap layan, eh habis.. Best sangat ni

Hiburan Sat, 27 Nov 2021

“Menyanyi Saja Tak Cukup, Saya Perlu Lengkapkan Dengan Ilmu” – Aina Abdul Bersyukur Berjaya Genggam Sarjana Muda Muzik

Penyanyi Aina Abdul, 28, bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian dalam Sarjana Muda Muzik Kontemporari di Universiti UCSI, Kuala Lumpur. Menghadiri sesi graduasi yang berlangsung pagi tadi, Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani mengakui […]

Featured Fri, 16 May 2025
Events Fri, 2 Dec 2022

Women Talk Musim 2 Bakal Dimeriahkan Lagi dengan Acara ‘Brunch With Women Talk’

Program bual bicara Women Talk sudah pun tiba di pertengahan program dan menceritakan mengenai isu semasa serta hal kehidupan golongan wanita di musim kedua. Bersiaran sebanyak 13 episod, program Women Talk dihoskan oleh dua wanita […]

error: Content is protected !!