Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 12, 2022 @ 4:16pm

“Wallahi Benci! Satu-Satu Bala Kau Jemput” – Rozita Ibrahim Selar MV L*cah Aliff Syukri

Selepas usahawan selebriti, Datuk Aliff Syukri memuat naik hantaran berupa petikan muzik videonya bersama penyanyi, Baby Shima di laman Instagram miliknya beberapa hari lalu, pelbagai respons negatif diterima.

Ini termasuklah, respons daripada ibu beliau sendiri iaitu, Rozita Ibrahim atau lebih mesra dipanggil bonda.

Menerusi hantaran tersebut, Aliff Syukri menganggap muzik videonya itu mampu mengalahkan kumpulan K-Pop popular seperti, Blackpink dan BTS.

Bagaimanapun, ramai dalam kalangan warganet berpendapat Aliff seakan-akan memperbodohkan dirinya sendiri apatah lagi tampil dengan aksi gelek lucah dalam video berkenaan.

 

Tindakan itu sekaligus membuatkan bonda tampil menegur dan meminta anak lelakinya itu untuk tidak terus mencetuskan kontroversi dan mengundang bala disebabkan aksinya yang mencolok mata.

“Wallahi benci… Sudah jangan mengundang bala. Satu-satu Kri jemput. Yakinlah Kri niaga ni tak perlu artis akan berjaya. Tak payah joget laga punggung pun dapat rezeki,” tulisnya.

Sebelum ini, aksi dalam muzik video berkenaan mendapat kecaman daripada pelbagai pihak termasuklah penceramah bebas, PU Syed yang  menyifatkan muzik video berkenaan sebagai menderhaka kepada Allah.

“Teguran terbuka buat jangan berani kamu lawan larangan Allah. Derhaka pada Allah secara terbuka.

“Sekali lagi Aliff Syukri buat kontroversi dengan merakamkan album atau lagu dangdut terbaharu. Saya tak pasti sama ada sedar atau tidak perbuatan merakamkan lagu dangdut kalau berunsur keagamaan atau bagi nasihat tak jadi masalah.

“Tapi jemput artis yang goyang gerudi dan macam-macam. Saya tak kenal siapa artis tersebut. Cuma saya harap pihak Aliff Syukri tidak menerbitkan lagu ini dan didedahkan kepada masyarakat. Ini bukan sesuatu yang sihat,” tegurnya.

 

ARTIKEL BERKAITAN: “Desperate Nak Popular, Sampai Dah Macam Pelakon L*cah!”- Aksi Ghairah Aliff Syukri & Baby Shima Bergelek Dikecam Netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-Gara Video Berunsur L*cah, PU Syed Beri Teguran Buat Aliff Syukri – “Bayangkan Anak Kamu…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Tue, 25 Mar 2025

“Sedih, Kecewa Tetapi Kami Bersama Awak” – Space Dollah Dedah Syed Saddiq ‘Ready’ Kalau Masuk Penjara

Space Dollah juga mengambil kesempatan meluahkan perasaan dan keyakinannya terhadap kebolehan adiknya.

Hiburan Wed, 8 Mar 2023
Featured Tue, 14 Feb 2023

Konsert Blue Berlangsung 75 Minit Buat 2,900 Peminat Tidak Puas Berhibur!

Tengah sedap-sedap layan, eh habis.. Best sangat ni

Hiburan Wed, 22 Jan 2025

Hati Puteri Sarah Diulit Bahagia? Ini Respons Empunya Badan 

Puteri Sarah tak pernah berbincang soal kahwin baru dengan anak-anak

Hiburan Wed, 1 Nov 2023
familuv Wed, 14 Dec 2022

“Tipulah Kalau Tiada Masalah Dalam Keluarga” – Pesanan Aisyah Habshee Curi Tumpuan Warganet

YouTuber dan pempengaruh terkenal Aisyah Habshee tular di media sosial dengan kata-katanya yang mengulas berkenaan institusi keluarga yang kurang kesefahaman @americano______ #aisyahhabshee #life #foryourpage #maryammuhsin ♬ original sound – radittt Aisyah memberitahu mustahil jika sebuah […]

Featured Wed, 29 Apr 2026

Aishah Terkilan, Dakwa Tiket Konsert ‘Aishah 40 Chapters Of Love’ Disabotaj

atuk Aishah kecewa apabila tiket konsertnya ‘Aishah 40 Chapters Of Love’ disabotaj.

error: Content is protected !!