Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 12, 2022 @ 6:55pm

“Saya Tak Akan Hadir Tayangan Mat Kilau Di Jakarta” – Adi Putra Kesal Dengan Penerbit? Ini Penjelasan Kembara Studio

Pelakon popular, Datuk Adi Putra memaklumkan dirinya tidak akan hadir pada tayangan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang akan diadakan di Jakarta, Indonesia tidak lama lagi.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram pada Khamis, Adi kesal terhadap pihak Kembara Studio Sdn Bhd akibat sukar dihubungi.

“Assalamualaikum kepada Kembara Studio Sdn Bhd, andai tidak cukup handphone kerana susah nak dihubungi, saya sudi hadiahkan satu handphone agar mudah untuk berkomunikasi dan berurusan. 

“Akan kerana ini, saya manfaatkan di SOCMED agar mesej saya sampai ke pihak Kembara Studio Sdn Bhd dan insyaAllah saya tidak akan hadir Tayangan Gala Filem Mat Kilau di Jakarta. Terima Kasih,” tulisnya.

 

Ternyata hantaran tersebut mengejutkan ramai pihak termasuklah pengikut pelakon itu di laman sosial berkenaan.

Malah ada antara mereka yang bertanyakan keadaan sebenar sehingga teraju utama filem Mat Kilau itu bertindak sedemikian.

Bagaimanapun, hantaran tersebut nampaknya turut disedari oleh wakil pihak Kembara Studio apabila mereka tampil memberi komen balas terhadap entri berkenaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Oct 2021

IM Nazrul Berkolaborasi Dengan Shidee Khayran Dalam Sembunyi Lara

Setelah agak lama menyepi dari arena nasyid, IM Nazrul membuat kemunculan semula dengan single terbaru berjudul Sembunyi Lara bersama salah seorang anggota kumpulan nasyid Khayran iaitu Shidee. Menerusi lagu ciptaan Ustaz Huri dan lirik nukilan […]

Hiburan Fri, 13 Sep 2019

Rizman Akhirnya Tamatkan Zaman Bujang Dengan Pilihan Hatinya

Ikan di laut, asam di darat..di dalam kuali, bertemu jua..

Hiburan Sun, 29 May 2022
Hiburan Wed, 27 Dec 2023
Hiburan Mon, 22 Jun 2026

Ain Edruce Akui Buta Soal Kewangan Sebelum Kahwin, Suami Jadi ‘Guru’ Pelaburan

Ain Edruce mengakui dirinya kini lebih peka mengenai pengurusan kewangan selepas banyak dibimbing suaminya dalam soal simpanan dan pelaburan.

Hiburan Fri, 7 Jul 2023
Hiburan Fri, 8 Nov 2019
Hiburan Tue, 19 Mar 2024

“Dia Tak Suka Bergaul, Tak Lekang Berdakwah” – Bimbang Sahabat Kembali Buat Perkara Tak Elok, Shahidan Izwan Minta Beri Ruang Pada Aliff Aziz

‘Saya hanya doakan agar dia kuat sebab takut juga Aliff kembali melakukan perkara tak elok seperti kontroversi sebelum ini’ – Shahidan

Featured Mon, 25 Aug 2025

“Ada Yang Nak Kahwin Tak Lama Lagi… Doakan Fazura & Nyamma Juga”- DJ Sonic

DJ Sonic turut mendoakan kebahagian pasangan lain yang didakwa bakal berkahwin tidak lama lagi.

error: Content is protected !!