Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 17, 2022 @ 8:26pm

[VIDEO] “Macam Luah Perasaan Je, Confirm Puas Ni!” – Janna Nick, Puteri Sarah Miming Lagu ‘Because of You’ Curi Perhatian

Gabungan aktres jelita Janna Nick dan pelakon versatil Puteri Sarah Liyana semestinya amat mencuit hati netizen.

Lebih-lebih lagi apabila tular sebuah video yang memaparkan gelagat mereka berdua ‘miming’ sebuah lagu daripada penyanyi antarabangsa.

Video berdurasi 19 saat itu tular di aplikasi TikTok dengan menggunakan suara latar belakang individu lain yang menjerit semasa menyanyikan lagu Because of You milik Kelly Clarkson.

Apa yang menarik perhatian adalah, video itu memperlihatkan isteri kepada pengarah tersohor, Syamsul Yusof seakan melepaskan geram dengan mengikut lontaran jeritan individu disebalik suara berkenaan.

Di akhir video berkenaan, Janna Nick menunjukkan reaksi wajah risau dengan karenah Puteri Sarah lalu terus cuba mendukung rakan industrinya itu.

Menerjah di ruangan komen video yang dimuat naiik di akaun TikTok Janna Nick, rata-rata netizen terhibur melihat aksi yang dipamerkan Puteri Sarah kerana seakan melepaskan perasaan yang telah lama terpendam.

Ada juga dalam kalangan netizen yang berkata lagu yang dimimingkan oleh Puteri Sarah itu seperti sesuai dengan keadaannya yang sedang dalam pergolakan rumah tangga.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 540,000 tontonan, 35,000 tanda suka dan lebih 600 komen.

Artikel Berkaitan: Krisis Perkahwinan Anak, Yusof Haslam Terkilan & Kecewa- “Tak Mahu Mereka Bercerai, Mohon Syamsul & Puteri Sarah Perbetul Keadaan”

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Didakwa Tolak Perceraian Akibat ‘Kekayaan’ Syamsul, Pengurus Tampil Bersuara – “Dia Tak Heran Pun, Kedudukan Sekarang Hasil.…”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Siapa Ira Kaza To You?” – Masih Sayang Puteri Sarah, Soalan Cepumas Pak Nil Buat Syamsul Yusof Terdiam

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ini Reaksi Padu Puteri Sarah Liyana Bila Ira Kaza Didakwa Masuk Live Instagram… Memang Win!

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Dedah ‘Modus Operandi’ Ira Kaza – “Sangat Attention Seeker! Masa Mula Kena Dia Akan…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 1 Apr 2019

Debaran Noryn Aziz Menjelang Konsert ‘Soul Sisters’

Konsert ‘Soul Sisters’ dianjurkan oleh syarikat produksi persembahan Edd Razhe Entertainment (ERE) bakal diadakan di Istana Budaya pada 5 dan 6 April ini.

Tiket boleh dibeli di www.airasiaredtix.com pada harga RM 755 (Meet & Greet), RM 555 (Diamond), RM 355 (Platinum), RM 255 (Gold) dan RM 155 (Silver).

Trending Thu, 9 Jan 2020
Trending Wed, 4 Jul 2018

Kejam! Bayi ‘Diculik’ Mati Dalam Peti Sejuk Rumah Pengasuh

Sepasukan anggota bahagian siasatan jenayah yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan menemukan mayat bayi berkenaan lengkap dengan pakaian dan berbalut kain lampin serta disumbat didalam sebuah beg berwarna hijau.

LIFESTYLE Thu, 22 Nov 2018

Jangan Main-Main, Kenali Simptom Denggi Lebih Awal!

Lebih baik mencegah dari merawat dimana secara tidak langsung dapat memberi kita membuat keputusan dengan pantas dengan terus ke hospital untuk mengambil rawatan

Hiburan Sat, 3 Mar 2018

Izreen Azminda terus dikecam bertalu-talu

Izreen dilaporkan sebelum ini memohon agar netizen tidak menyalahkannya sambil memberitahu tiada kaitan dengan permasalahan madunya bersama Ude.

Hiburan Thu, 18 May 2023
Trending Sun, 14 Jan 2024

Netanyahu Bertegas Teruskan Perang – “Tiada Yang Dapat Halang Kami, Sama Ada The Hague, Sy*itan Atau Sesiapa Pun”

Terkini, jumlah kematian penduduk Palestin meningkat kepada 23,843 orang manakala 60,317 orang mengalami kecederaan.

Trending Thu, 7 Mar 2019

Tips Cari Kerja! Gadis Ini Berkongsi Cara Menulis Resume Yang Betul

Korang boleh baca perkongsian gadis ini di Twitter mengenai cara membat resume yang betul. Perkongsian gadis yang bernama Anis Azuwa ini mendapat sebanyak 4.5 likes di Twitter

error: Content is protected !!