Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 23, 2022 @ 8:19pm

“Allah Tak Izinkan Dia Discharge Hari Ini…” – Oksigen Rendah, Ainul Mardhiah Kembali Diserang Sawan Berterusan Selama 10 Saat

Bapa Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin berkongsi keadaan terkini mengenai kesihatan anaknya yang diserang sawan berterusan kira-kira selama satu setengah hari.

Menerusi sebuah hantaran di Facebook miliknya, bapa Ainul meluahkan rasa hibanya yang tidak sanggup melihat keadaan anaknya sebegitu.

“Saya tak sekuat Ainul. Saya rasa semangat saya yang kritikal. Setiap kali berdoa, saya minta Allah ada dengan saya, minta Allah peluk saya dan tenangkan saya,” tulisnya.

Mengulas lebih lanjut, bapa Ainul berkata sepatutnya puteri tersayangnya itu dibenarkan untuk keluar hospital pada hari Isnin atau Selasa, namun keadaan kesihatannya masih tidak mengizinkan.

“Jumaat lepas Ainul dah off oksigen, nampak keadaan dia stabil. Doktor kata Isnin atau Selasa boleh prepare untuk discharge. Tapi itu lah, Allah SWT masih tak izin. Ahad tengah malam Ainul sawan semula.

“Dari Ahad pukul 12 tengah malam sehinggalah Isnin jam 7 petang non stop Ainul sawan.

“Dia rest dalam 10 – 15 minit je, lepastu sawan dia datang. Tapi sawan dia tak seteruk masa pertama kali dia kena. Sawan dalam 10 saat. Cuma saya sedih, sawan dia berterusan, non stop.

“Mesti Ainul sangat penat sekarang bila dia kerap low oxygen ketika sawan menyerang,” tulisnya.

Sebelum ini, media melaporkan Ainul tidak lagi berada dalam keadaan kritikal namun masih direhatkan dengan bantuan ventilator di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU).

Tinjauan di ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri oleh rata-rata netizen yang saling mendoakan Ainul segera sembuh seperti sediakala.

Artikel Berkaitan: Perkhabaran Positif Pada Ulang Tahun Kelahiran, Ainul Mardhiah Kini Sudah Sedar!

Artikel Berkaitan: Diserang Sawan Berulang Kali, Bapa Maklum Keadaan Ainul Mardhiah Makin Teruk – “Perit Tak Terucap Bila Tengok…”

Artikel Berkaitan: Bapa Ainul Mardhiah Kesal ‘Scammer’ Ambil Kesempatan – “Mohon Berhati-hati.. Kami Cuma Minta Doa Kalian” 

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ungkapan Pertama Ainul Mardhiah Ini Buat Ramai Netizen Terharu

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Mawar Runsing Anak Dan Seisi Rumah Jatuh Sakit

Semoga semua sembuh seperti sediakala…

Eat Travel Mon, 24 Feb 2020
Featured Thu, 5 Jan 2023

[VIDEO] Fatin Afeefa Landing Atas Suami, Netizen Tinggalkan Komen Nakal

Amboiiii, pasangan sejoli nii 🤩 Bahagianya dah kahwin hihi Alhamdulillah moga kekal berkasih sayang! Sweet gituuu

Trending Mon, 11 Jan 2021
Featured Tue, 3 Jul 2018

Filem Epik Yang Paling Dinanti Ramai! Ini 7 Trivia Menarik Tentang Filem Pulang

Penantian peminat seni filem tempatan terhadap filem arahan Kabir Bhatia, Pulang kini bakal terealisasi.

Trending Tue, 16 Jan 2024

Lagi Sebulan Nak Naik Pelamin, Bakal Suami Ini Mengaku Rog*l Gadis Tingkatan 1 Hingga Lahirkan Anak

Banyak betul kes rog*l sekarang ni…harapnya dapat dijadikan iktibar buat semua orang lah!

Hiburan Sun, 3 Mar 2019

Hazama Terkejut Dapat Watak ‘Aneh’ Dalam Filem Tiada Tajuk

Pada awalnya memang sukar tetapi Mawi sebagai pengarah, dia banyak membantu.

Featured Tue, 8 Feb 2022
error: Content is protected !!