Euforia Bola 2026
Trending By: Khairil Khusyairi August 24, 2022 @ 4:11pm

Video Tonton Bola Tapi Aeril Zafrel Guna ‘Sound’ Lagu Kahwin Jadi Bualan Netizen

Pelakon dan usahawan popular, Aeril Zafrel sungguh sinonim dengan gelagat lucunya yang sering menarik perhatian ribuan peminat terutama di platform TikTok.

Terbaharu, Aeril dilihat berada di luar negara dan berpeluang menonton bola sepak di Old Trafford, Manchester.

Menerusi rakaman berdurasi lebih 1 minit itu, Aeril memaparkan perjalanannya ketika sebelum dan selepas menonton perlawanan bola sepak di Old Trafford.

“First time dapat tengok bola dekat Old Trafford.

“Best jugak ya dapat tengok bola dalam stadium,” tulisnya.

@aerilzafrel8best jugak ya dapat tengok bola dalam stadium😊😊♬ Selamat Pengantin Baru – Wann

Dalam video tersebut juga memaparkan aksi pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo.

Namun apa yang membuatkan netizen terhibur ialah sound yang digunakannya merupakan lagu kahwin.

“Semalam kan liverpool kena kenduri. jadi ngam la lagu ni. betol tak??,” tulis Aeril.

Untuk info, perlawanan tersebut menyaksikan antara pasukan Manchester United menentang pasukan Liverpool yang dimana Manchester United menang ke atas Liverpool dengan keputusan 2 – 1.

Di ruangan komen rata-rata netizen berseloroh lucu apabila dia menghiburkan pengguna TikTok dengan sound digunakan dalam video tersebut.

Sehingga kini, video yang dimuat naik Aeril itu sudah mencecah 2.2 juta tontonan dan lebih 300 ribu tanda suka.

Sumber: TikTok Aerilzafrel8

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 11 Jan 2019
Trending Fri, 16 Jul 2021

#JusticeForBella : Pemilik Rumah Bonda Kini Ditahan Polis

Semoga keadilan memihak kepada anak syurga #JusticeForBella ❤

Featured Wed, 9 Nov 2022

[VIDEO] Kongsi Foto Di Restoran Gordon Ramsay, Netizen Dakwa Shuib & Anak-Anak Keluar Makan Dengan Watie? – “Ada Pantulan Camerawoman Kat Belakang Tu”

Wowwwww family dinner ke ni? Dah kantoi kali keberapa ni? Hihi apapun min doakan yang terbaik saja untuk Shuib

Hiburan Tue, 21 Jan 2025

CSOIAM: Jimi Hargai Doa Yusry Untuk Bersaing Di Pentas AJL, Rancang Keluar Single

Persembahan duet bersama Misha Omar di CSOIAM dipuji, Jimi rancang strategi masuk AJL

error: Content is protected !!