Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir January 18, 2024 @ 12:38pm

“Nak Tuduh Kena Ada Bukti…” – Akui Hilang Sabar Kaitkan Arwah Ibu, Khai Bahar Maafkan Individu Buat Tuduhan Liar

Penyanyi Khai Bahar memilih untuk memaafkan individu yang mendakwa berseronok menyambut tahun baru bersama rakan-rakan golongan homoseksual di Langkawi ketika ibunya, Allahyarham Rosnah Muhammad sedang sakit sebelum meninggal dunia, awal tahun ini.

Menurut Khai, dia enggan memanjangkan isu berkenaan dan menganggap perkara itu sebagai teguran untuk memperbaiki diri.

“Saya maafkan orang yang buat fitnah. Kalau betul, saya iyakan. Saya keluar dengan kawan dan orang terdekat.

“Saya berkawan dengan semua orang dan saya tak memilih. Tapi, bila ada pertikaikan dan cakap saya keluar bercuti dengan lelaki songsang, kenapa tak muat naik gambar?

“Ada juga cakap ini teguran untuk saya. Saya pun tak jangka, begitu juga adik-beradik lain. Kami tak sempat hendak tengok mak buat kali terakhir.

“Jadi, saya mungkin boleh perbaiki salah silap, walaupun tak tahu apa sebenarnya individu berkenaan mahukan,” katanya semasa ditemui di sidang media pengumuman Top 5 Gempak Most Wanted Awards 2023 di Dadi Cinema Pavilion, semalam.

Mengulas lebih lanjut, Khai akui hairan dengan dakwaan tersebut memandangkan dia lebih mengenali rakan-rakan yang bercuti bersamanya.

“Perkara ini mudah sahaja, saya bercuti di Langkawi dengan empat rakan baik dikenali sejak dulu. Mereka juga rakan sekampung dan selalu bersama.

“Tapi, bila individu ini cakap perkara tak betul, saya jadi marah. Kalau hendak tuduh kena ada bukti. Apa yang membuatkan saya hilang sabar kerana ia membabitkan arwah mak saya.

“Saya tak nak ambil tindakan undang-undang. Cukuplah, saya maafkan dan bersuara setakat itu sahaja,” jelasnya.

Terdahulu, seorang individu membuat tuduhan liar dengan mengatakan Khai bercuti dengan golongan yang suka sesama jenis dan menasihati supaya menghormati arwah ibunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu Dakwa Sambut Tahun Baru Dengan Geng Homoseksual, Khai Bahar Luah Rasa Terkilan – “Jangan Sampai Menfitnah!”

Sementara itu, Khai memberitahu dia masih perlukan masa mengembalikan semangatnya selepas pemergian arwah ibu.

“Alhamdulillah, saya makin baik, cuma sedih lagi. Bukan tak terima, tapi perlu bagi masa.

“Semua orang mengalami perkara ini. Saya kena ambil masa untuk dapatkan semangat. Saya masih kerja dan jalankan tugas.

“Saya banyak duduk dengan rakan-rakan yang banyak beri sokongan. Kalau seorang diri, saya banyak berfikir,” ujarnya.

Pada 2 Januari lalu, ibu Khai disahkan meninggal dunia dalam tidur di Kangar, Perlis pada jam 10.40 malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 28 Nov 2018

黄鸿升、玉兔、李艳馨来马宣传《舞极限》

配合电影《舞极限》即将上映,导演李闳杰将于12月1日至3日,携演员小鬼、玉兔和李艳馨一起北中南马展开电影宣传活动。

Kisah Viral Wed, 21 Sep 2022
Trending Thu, 9 Apr 2020
Featured Thu, 21 Jul 2022

Hati Ellie Suriaty Terpaut, Ini Sebab Kaka Azraff Dipilih Bawa Watak Isteri Setia Berbasikal Ke IPD Gerik

Wahhh, tak sabarnya min nak tunggu filem ni. Tengok iklan pun dah mengalirkan air mata… mesti hebat lakonan Kaka jadi Saadiah!

Featured Tue, 8 Mar 2022

Lapan Tahun Berlalu, MH370 Terus Dalam Ingatan

Masuk tahun kelapan kehilangan pesawat Beoing 777-200ER milik Malaysia Airlines yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 lalu pastinya terus diingati oleh seluruh rakyat negara ini. MH370 yang terputus hubungan sejurus melintasi […]

Featured Tue, 18 Nov 2025

Bila Nak Beria Ajak Kahwin… Bila Kantoi Curang Kata Isteri Macam-Macam” – Abby Abadi

Abby Abadi menyorot perhatian apabila berkongsi kenyataan meluahkan rasa kesalnya terhadap golongan lelaki yang didakwa mengkhianti golongan isteri dan bertindak menyalahkan pasangan sendiri.

Hiburan Wed, 17 Jan 2018

Ciri-ciri Gadis Idaman Aiman Tino

Mungkinkah anda mempunyai ciri-ciri gadis idaman Aiman Tino

error: Content is protected !!