Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 24, 2022 @ 8:21pm

Terpaling Juara: 3 Kapten Mula Susun Langkah, Episod Pertama Raih 4 Juta Tontonan

Episod pertama Terpaling Juara telah mengumumkan siapakah penyanyi senior dan junior yang bernaung di bawah bimbingan kapten Akim Ahmad, Hael Husaini dan Naim Daniel untuk mempertaruhkan lagu-lagu popular yang pernah tercalon di semua edisi Separuh Akhir Muzik Muzik dan Anugerah Juara Lagu (AJL).

Selesai persembahan sulung kesemua peserta di pentas Terpaling Juara pada hari Ahad yang lepas, mereka menerima maklum balas yang positif daripada kedua-dua juri tetap iaitu Datuk Hattan dan Fauziah Latiff.

Kesemua peserta telah menerima cabaran daripada juri tetap yang telah menetapkan pilihan lagu persembahan untuk episod akan datang. Nantikan Datuk Francissca Peter, pemenang Juara Lagu 1986 yang akan tampil dengan persembahan istimewa di episode akan datang.

Episod pertama Terpaling Juara mencatat sejarah tersendiri apabila meraih 4 juta tontonan dan 250 juta capaian di media sosial.

Tiga kapten sudah mula mengatur strategi untuk menyerlahkan lagi vokal dan persembahan kesemua peserta Terpaling Juara.

Hazami dan Aqeesh bergabung dengan kapten Akim Ahmad, Rahmad Mega dan Shaz bergandingan dengan kapten Hael Husaini manakala Ifa Raziah dan Aqmal pula akan berkolaborasi dengan kapten Naim Daniel untuk mengejar takhta Terpaling Juara sekaligus memenangi hadiah wang tunai RM100,000.

Hael amat yakin dengan kemampuan vokal Rahmad dan Shaz dalam menyanyikan lagu pilihan pada episod kedua. Walaupun berhadapan dengan saingan yang sengit, Hael mahu setiap persembahan mingguan Rahmad dan Shaz menjadi persembahan terhebat berskala konsert yang memberi impak besar untuk menghiburkan penonton.

Pada episod pertama, Rahmad sudah membuktikan dirinya mempunyai aura besar ketika membuat persembahan di atas pentas dengan memenangi persembahan terbaik.

Hael juga berpendapat Shaz harus menjadi diri sendiri dalam membawakan lagu popular Ramlah Ram, Selamat Jalan Romeo dengan menyuntik elemen segar dalam persembahannya.

Akim amat berbesar hati untuk berkolaborasi dengan Hazami dan tidak sabar untuk memperkenalkan elemen baharu dalam penyampaian lagu Seribu Impian.

Dalam pada itu, Akim sudah nampak kekuatan Aqeesh dalam membawakan lagu rancak dan lincah dalam menari. Untuk episod akan datang, Akim akan mencabar lagi vokal Aqeesh dalam membawakan lagu balada, Sumpah nyanyian asal Aina Abdul.

Naim pula sangat optimis dengan kedua-dua pesertanya, Ifa dan Aqmal yang akan diuji dengan lagu-lagu pelbagai genre.

Naim berpendapat Ifa dan Aqmal mempunyai personaliti yang sangat menarik serta berkebolehan untuk membawa pelbagai genre lagu.

Untuk kolaborasi sulung ini, Naim bersedia untuk memberikan sokongan padu dalam memantapkan lagi persembahan kedua-dua peserta ini.

Terpaling Juara dihoskan oleh Haziq Hussni dan Shiha Zikir, Datuk Hattan dan Fauziah Latiff sebagai juri tetap dan bersiaran untuk 8 episod.

Pemenang Terpaling Juara bakal membawa pulang hadiah berjumlah RM 100,000, manakala naib juara bakal memenangi RM50,000 dan pemenang ketiga pula menerima RM30,000.

Jangan ketinggalan untuk menonton Terpaling Juara mulai 21 Ogos 2022, setiap hari Ahad, siaran langsung dari Studio Sri Pentas 2, Shah Alam, pukul 9.00 malam dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my

Gunakan tanda pagar #TerpalingJuara dan #PlaylistAJL untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Jan 2025

“Kami Tak Cari Publisiti Atau Sensasi” – Sherie Merlis Nafi Ada Hubungan Istimewa Dengan Hasnul Rahmat

Kata Sherie, adalah tidak manis sekiranya kenyataan mengenai isu itu dibuat oleh pihaknya sahaja.

Trending Wed, 3 May 2023

Alliance VCC Lancarkan Kad Kredit Maya Pertama di Malaysia. Jom Daftar Sekarang!

Korang pernah dengar ke tentang VCC kad kredit maya? Haa… ni bukan macam kad fizikal yang korang selalu pegang tu. Perbezaan kad kredit maya ni wujud dalam bentuk elektronik dan digunakan untuk transaksi secara talian. […]

Featured Sat, 3 Dec 2022

Muat Naik Video Menari, Ramai Yang Puji Rupa Paras Liyana Jasmay – “Awet Muda!”

Baru-baru ini, pelakon dan penerbit Liyana Jasmay berjaya mencuri perhatian ramai ketika memuat naik video di TikTok menggunakan lagu Nirvana nyanyian Aya Nakamura. Menerusi perkongsian tersebut, Liyana memakai baju merah jambu sambil menari berpusing mengikut […]

Featured Wed, 7 Jun 2023
Hiburan Wed, 17 Oct 2018

克里斯普瑞特童年照「撞脸鬼娃恰吉」

好莱坞男星克里斯普瑞特近日在IG上曝光一张童年照,与鬼娃恰吉撞脸了!而且连服装都100%神还原,笑翻众人。

Trending Fri, 12 Feb 2021

Lagu #BaikSemula Versi Abang & Kakak Askar Ni Memang Terbaik!

Memang terbaik! Lagu #BaikSemula dendangan Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana dan Tuju K-Clique menarik perhatian Badan Kesenian Tentera Darat Malaysia. Anggota unit beruniform terbabit menyampaikan semula lagu hasil karya Faizal Tahir, Mage, Mike Chan, […]

error: Content is protected !!