Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 26, 2022 @ 6:32pm

Gara-Gara Nak ‘Cancel’ Fazura, Individu Ini Dikecam Netizen

Heboh di ruangan media sosial Twitter mengenai usahawan dan pelakon, Nur Fazura yang meninggalkan komen tanda setuju terhadap pendapat pengarah, Michael Ang di Instagram.

Fazura meninggalkan komen pada sebuah hantaran milik Michael yang memohon netizen untuk tidak melebih-lebih dalam memberi pandangan terhadap isu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dimasukkan ke dalam penjara.

“Pada netizen-netizen dah dah la komen dan buat video menghina yang melampau naw naw tu. Pak Ajib pun dah masuk penjara. Bukan nak back up atau sokong Pak Ajib but saya rasa hukuman dah jatuh so biarkan la.

“And just wish him well. Dalam kes mahkamah ni kadang-kadang kalau lawyer buruk orang tak bersalah pun jadi salah. Cuma orang tu sendiri aje tahu dia salah atau tak. So move on aje la kesian family dia orang bila baca komen-komen yang so evil tu,” tulisnya di Instagram Michael.

Aktres Pisau Cukur itu meninggalkan komen emoji tanda bagus dan berbentuk hati menandakan tanda setuju terhadap pendapat Michael di hantaran pengarah itu.

Susulan itu, seorang individu telah memuat naik tangkapan skrin luahan hati Michael itu di ruangan Twitter berserta komen Fazura dengan kapsyen, “Fazura is cancelled lol.”

Bagaimanapun, ramai dalam kalangan netizen yang tampil menyebelahi aktres Manisnya Cinta Di Cappadocia itu dengan berkata Fazura berhak untuk meluahkan apa yang dirasakan.

Rata-rata netizen menghentam individu berkenaan kerana didakwa memperbesarkan hal kecil dan tidak matang seperti itu.

“Lahh, itu hak dia nak komen apa. Kau dah kenapa? Benda ni pun nak dijadikan isu untuk cancel orang. Lagipun komen emoji je,” kata seorang netizen.

“Pentaksub memang gini ke? Orang nak kedamaian dan ketenangan pun jadi salah,” tulis netizen lain.

Artikel Berkaitan: “Cara Cakap Pun Sama” – Netizen Terkejut Jumpa Kembar Fazura

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Terima Kasih Jual Inai Murah..” – Netizen Dakwa Komen Nur Fazura Perli Seseorang, Che Ta Tampil Bersuara!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 4 Jul 2023

Balik Rumah Atau Tak, Yusof Haslam Enggan Komen Isu Syamsul Yusof Lagi?

Kita doakan yang baik-baik untuk keluarga ini okay!

Hiburan Wed, 23 May 2018

Ibu Pesan Ada Baiknya Hadiah Dihantar Ke Rumah Kebajikan

Bagaimanapun, beliau minta saya sampaikan pesan kepada orang ramai agar tidak lagi menghantar hadiah kerana kerajaan Pakatan Harapan tidak membenarkan ahli politiknya menerima sebarang bentuk hadiah seperti bunga, makanan dan lain-lain.

Featured Thu, 30 Apr 2020

KKM pantau 3 kluster COVID-19 di Sarawak

5 kes baharu dikesan di Bumi Kenyalang

Featured Thu, 29 Sep 2022

“Apa Perasaan Anda Jika Ada Penumpang Wanita Mengherdik…” – Fazura

Fazura kongsi kejadian semasa bawa anak-anak kecil dan autistik naik kapal terbang, tapi lain yang jadi… 🥺

Ijab & Kabul Sat, 18 Nov 2023
Hiburan Tue, 6 Feb 2018

ZIZAN RAZAK DEDAH SIAPA WANITA LEMAH LEMBUT ITU

Tweet yang diletakkan dengan hashtag #lelakijangantertipu nyata mendapat perhatian peminat dan pengikut beliau seramai 2.64 juta di laman tersebut

Events Fri, 7 Mar 2025
Hiburan Sat, 29 Mar 2025

“Kalau Ada Yang Ganggu, Aku Terpaksa Jadi Tegas” – Pengawal Peribadi Utamakan Keselamatan Fazura

Shahaszrin berkata dia tidak menghiraukan segala kritikan terhadap Fazura, paling utama adalah keselamatan selebriti itu

error: Content is protected !!