Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 30, 2022 @ 5:26pm

Digelar S*ndal, Pengemis & Sengaja Jual Badan, Puteri Balqis ‘Sarkastik’ Bidas Netizen Puaka

Baru-baru ini, nama pelakon cilik, Puteri Balqis, 15, mencuri perhatian netizen selepas gaya penampilannya dikatakan semakin seksi.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Stories milik selebriti ini, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish memuat naik lima tangkap layar komen-komen netizen yang boleh dikatakan melampau.

Namun begitu, apa yang lebih menarik perhatian adalah cara Aqish membalas setiap komen tersebut dengan respons yang sarkastik.

Menerusi tangkapan layar yang pertama, Aqish digelar dengan nama yang tidak baik sehingga didakwa sengaja menjual badan.

“Memang macam betina sundal pun Puteri Balqis tu. Rupa tak ada, jual body je la yang mampu,” komen netizen berkenaan.

Puteri Balqis membalas, “Mana ada sundal, Biashe biashe je. Selain tak ada rupa dan menjual body, saya juga terkenal dengan menjual buku dan bijak menulis puisi. Side income bro, nak hidup. Kang masuk Bersamamu lagi sekali, kau juga yang bising,” tulisnya.

Instagram Story seterusnya Aqish seperti dibandingkan oleh seseorang selebriti sehingga dikatakan terlalu seksi.

“Tak adalah terkinja kinja sangat daripada Puteri Balqis tu dah pakai sexy sangat nampak pusat,” ujar netizen itu.

Dalam hantaran sama, Aqish membalas dengan berkata, “Saya dan monyet memang berkawan rapat. Tak percaya cuba Google. Selain menyerupai monyet, saya juga boleh bertukar menjadi babi dan toyol. Tengok pada keadaan. Jika tidak keberatan, boleh jadikan gambar pusat saya sebagai profile picture. Ya, saya izinkan.” katanya.

Sementara itu, Aqish turut dibandingkan dengan Mia Sara yang turut menjadi bualan hangat di media sosial gara-gara memuat naik konten menari.

“Mia Sara joget di TikTok kena maki [✅]
Si Balqis joget in public, kena maki [❌]
Dasar munafik, a.k.a hipokrit,” kata netizen.

Tidak berdiam diri, Aqish tampil jawab komen tersebut dengan berkata, “Saya tidak pernah lagi berjoget di khalayak ramai. Ya, belum pernah. Tetapi jika diberi peluang, saya akan cuba sedaya upaya untuk berkolaborasi dengan Baby Shima. Siapa tahu geleken saya lebih padu. Mantap pak leman,” katanya.

Menerusi hantaran Instagram Story yang lain, netizen berkenaan menghentam Aqish dengan panggilan yang tidak sedap didengar.

“Cakap kat dia Balqis… pala bana,” tulis netizen.

“Saya dilarang mencarut oleh manager saya. Tetapi saya akan menggunakan bakat menulis saya sepenuhnya, “Pala Bana’ ujar Puteri Balqis,” bidas Aqish.

Tangkapan layar yang terakhir mendakwa Aqish seperti sampah yang hanya memburukkan imej seorang wanita.

“Kan dah kata budak pengemis ni sama macam sampah. Buat malu perempuan je,” kata netizen lain.

“Maafkan saya kerana mengganggu kerja-kerja jadual kutipan sampah majlis bandaraya. Saya hanya cuba membantu. Mungkin satu hari nanti, saya akan terjumpa mayat kakak dalam tong sampah melalui documentary ‘unsolved mystery’,” ujar Aqish menjawab komen tersebut.

Artikel Berkaitan: Disaran Ambil Dadah & Difitnah Kutip Sampah Dengan Ibu! Puteri Balqis Cadang Saman Netizen Tapi…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Dec 2017

挑礼物送宋慧乔?宋仲基香港逛街被偶遇

2017Mnet亚洲音乐大奖(MAMA)结束后,有网友巧遇宋仲基在中环逛街,难掩兴奋之情的模样让其他粉丝直呼“太幸运了!”

Featured Tue, 25 Oct 2022

[VIDEO] Pertama Kali Bergandingan Dengan Aedy Ashraf Dalam Telefilem Dania TV3, Puteri Balqis Terbawa Emosi

Berat watak yang dibawa Aqish dalam telefilem Dania ni ❤️ Suka tengok gandingan Aqish dengan Aedy, moga lepas ni ada peluang lagi 🤩🤩

Hiburan Mon, 9 Sep 2019

Tunai Umrah…Lan Solo Mohon Doa Peminat!

Semoga mendapat Umrah yang mabrur buat Lan Solo dan seluruh ahli keluarganya. Insha Allah…

Featured Tue, 29 Apr 2025

“Ayash Dah Nak Jadi Abang Ke Ni?- Netizen Spekulasi, Watie Hanifiah Kini Hamil… Shuib Bakal Timang Anak Kelima?

Penampilan Watie itu sekali gus menguatkan lagi spekulasi bahawa dia mungkin kini sedang hamil.

Trending Thu, 29 Mar 2018

Tinggalkan Dunia Perguruan, Wanita Ini Tampil Dengan Teknik Solekan Yang Luar Biasa

Menjadi jurusolek itulah yang dicita-citakan sejak dulu. Tidak menunggu masa yang lama Mimi Choi, 32, cepat membina populariti malah sangat terkenal dengan keupayaannya membuat solekan ilusi.
Bercakap mengenai kerja lamanya, bidang perguruan membataskan dirinya untuk menyerlah bakat yang sebenar.

error: Content is protected !!