Euforia Bola 2026
Trending By: Del14 October 3, 2019 @ 5:07pm

Zarina Didenda RM17,500 Jual Kosmetik Tidak Bernotifikasi

Pelakon, Zarina Zainuddin selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan bersalah terhadap enam pertuduhan  yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret M Bharat di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada hari Rabu. 

Bagi pertuduhan pertama, Zarina selaku pengarah Syarikat Addura Marketing Sdn Bhd didakwa menjual satu set kosmetik mengandungi sekotak Addura Black Soap, satu bekas Addura Day Cream (tujuh gram), satu bekas Addura Night Cream (tujuh mililiter). 

Bagi pertuduhan kedua, Zarina didakwa memiliki tiga set sama. 

Bagi pertuduhan ketiga hingga keenam, Zarina didakwa atas pertuduhan memiliki kosmetik yang tidak bernotifikasi masing-masing 68 kotak Addura Black Soap; 279 bekas Addura Day Cream; 89 bekas Addura Day Cream (tujuh gram); dan 205 bekas Addura Day Cream (10 mililiter). 

Zarina didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Addura Marketing di Subang Jaya pada jam 11.45 pagi, 9 Januari lalu.

Zarina yang tidak diwakili peguam ketika membuat rayuan menitiskan air mata dan berkata dia syarikat itu telahpun dihentikan operasinya dan sudah pun memulakan perniagaan lain sambil memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadapnya. 

Ketika fakta kes dibacakan dan produk yang dirampas ditunjukkan kepada Zarina sebagai bahan bukti, Zarina dilihat menganggukkan kepala serta mengesahkan barangannya itu.

Mahkamah Majistret Petaling Jaya kemudiannya telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM17,500 kepada OKS selepas dia mengaku bersalah.

Ketika keluar dari kamar mahkamah, Zarina kemudian dilaporkan telah dilihat menepis telefon bimbit milik seorang wartawan sehingga terjatuh dan berkata “Saya tak sukalah,” kerana marah dirinya dirakam.

Memetik laporan sebuah portal, ibu kepada empat orang anak ini mendakwa dia dianiaya seorang individu yang mendesak dia menjual set kosmetik itu walaupun dia sudah lama tidak menjalankan perniagaan itu kerana dia sedang di dalam proses mendaftarkan semula produk itu dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setelah menukar pembekal.

Sebaik sahaja dia menjual produk kosmetik itu kepada individu terbabit, rumahnya terus diserbu oleh pihak berkuasa.

Mengikut fakta kes, sepasukan penguatkuasa dari Cawangan Penguatkuasa Farmasi (CPF) KKM telah menyerbu premis tersebut berdasarkan aduan dari orang awam dan salah seorang pegawai dari KKM telah menyamar sebagai pembeli barangan kosmetik yang di jual di premis tersebut.

Bagi semua kesalahan itu, OKS didakwa mengikut Seksyen 18A(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang menjadi kesalahan di bawah Peraturan 18A (15) peraturan yang sama. 

Jika sabit kesalahan, OKS boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 bagi kesalahan pertama atau maksimum RM100,000 bagi kesalahan kedua. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 21 Jul 2023

Tahniah! Anne Ngasri Dikurniakan Darjah Kebesaran KMN

Wahh tahniah Datin Anne! Terima kasih atas jasa dan baktimu 🙏🏼

Hiburan Sat, 30 Aug 2025
Featured Tue, 5 Jul 2022

[VIDEO] “Siapa Ira Kaza To You?” – Masih Sayang Puteri Sarah, Soalan Cepumas Pak Nil Buat Syamsul Yusof Terdiam

Orang kata, diam adalah jawapan yang paling kuat 🥺 Min doakan semoga Puteri Sarah terus kuat! Moga masjid yang mereka bina akan selamat.

Hiburan Sun, 15 Feb 2026

Enggan Menipu, Anna Jobling Utamakan Kejujuran

Anna Jobling menjadi pilihan pelbagai jenama.

Selebriti Thu, 21 Apr 2022
Featured Sat, 12 Feb 2022
Hiburan Mon, 18 Sep 2023

Watie Terima Tawaran Berlakon, Shuib Tak Beri Keizinan – “Awal-Awal Lagi Dah Ditolak”

Mesti best kan kalau dapat tengok Watie dengan Talita berlakon

Featured Thu, 17 Jul 2025

Andmesh Kamaleng & Ziva Magnolya Bakal Gegarkan Konsert Festival Tentang Cinta Di Sabah!

Konsert ini bukan sekadar meraikan muzik cinta, tetapi menjadi simbol penyatuan peminat dari Malaysia dan Indonesia.

error: Content is protected !!