Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin August 30, 2022 @ 9:12pm

“Jangan Takut Dengan Orang Ketiga!”- Puteri Sarah Liyana Beri Amaran, Wanita ‘Kaki Sondol’ Perlu Diberi Pengajaran

Sejak kemelut rumah tangganya bersama pengarah terkenal, Syamsul Yusof mula menjadi bualan ramai, rata-rata warganet menjadikan pelakon dan model, Puteri Sarah Liyana sebagai ikon wanita kuat.

Jadi, tidak hairanlah sekiranya terdapat segelintir pengikut beliau yang lebih senang berkongsi dan meluahkan perasaan mereka membabitkan isu curang yang dihadapi kepada beliau.

Terbaharu, Puteri Sarah ada berkongsi pesanan langsung yang dikirimkan kepadanya oleh seorang individu menerusi perkongsian di  InstaStory nya.

Menurut individu terbabit, dia mengalami masalah membabitkan kes suami kantoi curang sejak empat bulan yang lalu.

“Assalamualaikum akak. tolong bagi semangat dekat saya. Saya baru dapattahu suami saya curangdengan betina lain kak. Itu pun terkantoi masa suami tengah tidur. Saya baca whatsapp betina tu dia kata tolong kejut kan dia tido pukul 10.30 pagi. Saya ambil senyap-senyap telefon bimbit kat taqngan suami.

“Saya screenshot dan hantar kepada mak ayah dan ayah mentua saya. Sekarang ni betina tu menghina saya… Dia kata saya perempuan selekeh, badan buruk… Untuk maklumat akak, saya ni surirumah, Saya tak bekerja sebab nak besarkan anak-anak saya. Saya baru habis pantang. Anak saya yang paling kecil baru berumur 2 bulan. 

“Saya tanya suami, dekat empat bulan dia curang dengan saya. Saya down. Saya mengamuk. Saya menangis,” kongsinya.

Tidak hanya berdiam diri, pelakon drama Suri Hati ini dilihat membalas mesej terbabit dan mencadangkan agar individu tersebut segera membuat laporan polis terutamanya terhadap komen berbentuk hinaan yang diterimanya.

“Apa yang dia hina awak tu, pergi buat report polis,” katanya.

Bahkan, Puteri Sarah juga mengakui setiap kali beliau menerima atau membaca perkara sebegini, perasaan kesian dan sedih sering menguasai diri.

Namun, beliau berpesan bahawa, negara kita ada undang-undang yang perlu digunakan jadi, jangan sesekali pernah takut untuk membela nasib diri terutamnya apabila ia membabitkan pihak ketiga.

 

ARTIKEL BERKAITAN:“Islam Suruh Kahwin Cepat, Bukan Bermaksiat 4 Tahun…” – Puteri Sarah Liyana ‘Sekolahkan’ Netizen Mulut Puaka

ARTIKEL BERKAITAN:“Alhamdulillah, Terima Kasih DM Saya…” – Syamsul Yusof Didakwa Sudah Bertunang, Puteri Sarah Liyana Mohon Jangan Lupa Tanggungjawab

ARTIKEL BERKAITAN:“Dah Macam Amber Heard Pula Tengok Dia Ni, Kind Of Funny!”- Sebab Kesiankan Bapa, Puteri Sarah Liyana ‘Malas’ Layan Drama Ira Kaza

ARTIKEL BERKAITAN:“Kau Ni Terdesak Sangat, Sebab Tu Cari Laki Orang Je… Senang Sikit!” – Puteri Sarah Liyana Kongsi Pendedahan ‘Berani Mati’ Rakan Ira Kaza

 

Sumber: Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Dec 2017

MIDNIGHT RUNNERS FILEM SKEPTIKAL?

Sebuah Filem Korea yang telah menemui penonton pada 5 Oktober yang lalu menceritakan tentang dua orang pemuda yang ingin meneruskan pengajian ke Universiti Polis Kebangsaan Korea demi mengejar cita-cita mereka. Namun, mereka secara tidak langsung mereka terlibat dalam satu kes jenayah.

Selebriti Thu, 27 Jul 2023
Hiburan Wed, 10 Jan 2018

《金环奖》入围名单出炉 陈泽耀「有望」再封影帝

第二届《马来西亚国际电影节暨金环奖》入围名单出炉啦!共有12部竞赛电影入围,而本地电影《分贝人生》、伊朗电影《封锁》和台湾电影《大佛普拉斯》共获6项提名,成为入围大赢家!

Featured Thu, 8 Sep 2022

[VIDEO] Shuib Kongsi Kenangan Arwah Siti Sarah Mengidam Ketika Mengandung Buat Warganet Sebak

Allahu Akbar, kenangan indah yang takkan dilupakan! Kalau isteri mengidam, suami berusahalah sebaiknya untuk tunaikan! ❤️

Trending Tue, 13 Nov 2018

Menyayat Hati Kisah 2 Beradik Menyorok Di Bawah Bas

Sanggup menggadai nyawa berpaut sepanjang 3 jam perjalanan dibawah bas semata-mata rindu pada ..

Figura Tue, 26 Mar 2024
error: Content is protected !!