Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 31, 2022 @ 2:00pm

“Saya Bertudung Ketika Pandemik Bermula..” – Enggan Terus Berpura-Pura, Ika Mustafa Tanggalkan Hijab

Penyanyi Ika Mustafa mengambil keputusan untuk membuka tudung selepas dua tahun berhijab.

Turut bertugas sebagai pramugari, Ika atau nama sebenarnya, Nursyafiqah Mustafa, 24, mengakui sukar untuk istiqamah dan tidak mahu orang keliru dengan penampilan dirinya yang tidak berhijab sewaktu bekerja.

“Saya dah bekerja sebagai anak kapal selama empat tahun. Sewaktu pandemik, jadual tugas di awan biru sangat berkurangan dan saya memberi fokus terhadap kerjaya nyanyian.

“Ketika itu, saya terbuka hati untuk berhijab. Namun, saya akui sukar untuk saya menetapkan hati dan akhirnya saya membuka tudung sekitar Februari lalu.

“Sekarang pun industri penerbangan kembali rancak, saya kembali sibuk dengan tugasan sebagai pramugari. Saya tak mahu ada orang keliru nampak saya di dalam kapal nanti. Macam ada dua personaliti pula,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Puja Jadi Harapan Baharu Ika Mustafa

Ika ditemui di showcase Mimpi anjuran Werkit Records dan Rocketfuel Entertainment di PJ PAC, 1 Utama pada Selasa.

Pelantun lagu Puja dan Damaikanlah ini menafikan proses berhijab adalah sekadar satu percubaan.

“Saya memang tergerak nak berubah, cuma hati ini tak tetap pendirian. Saya akui sukar untuk istiqamah. Berhijab bukan percubaan tetapi memang apa yang saya nak lakukan dahulu.

“Orang yang rapat dengan saya mungkin tahu dan menerima apa yang saya buat kerana mereka mengenali saya. Saya memang nak berhijab, tapi ia tidak kekal,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, gadis ini giat mempromosikan single terbaharu berjudul Tak Punya Hati.

“Alhamdulillah, lagu ini dilancarkan beberapa minggu lalu. Karya ini juga dipilih menjadi lagu tema drama bersiri Ku Punya Hati lakonan Nabil Aqil dan Sharifah Rose.

“Tak Punya Hati mendapat sentuhan Audi Mok dan Shazee Ishak. Saya berharap lagu ini mendapat respons baik peminat muzik tempatan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 May 2023

Sedih Tak Berpeluang Jumpa Anak, Hafidz Roshdi Fail 2 Tuntutan Hadanah

Hadanah difailkan supaya Hafidz mendapat hak lawatan tetap bagi memudahkannya untuk berjumpa dan berkomunikasi dengan anak-anak.

Featured Tue, 22 Jun 2021

Kebenaran Rentas Negeri 2021 Dijangka Bermula Pada…

Berdasarkan statistik yang dikongsikan di laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) pada Isnin, Malaysia kini telah mencapai tahap 100 peratus sasaran vaksinasi di Selangor dan Putrajaya. Justeru, ramai yang mempersoalkan mengenai kebenaran […]

familuv Tue, 21 Jun 2022

[VIDEO] Selepas Direman 3 Hari, Sharnaaz Ahmad Terus Lepas Rindu Jumpa Anak

Sharnaaz Ahmad lepas rindu jumpa anak lelakinya sebaik sahaja dibebaskan.

Trending Wed, 15 Apr 2020
Hiburan Mon, 23 Jul 2018

“Sudah Lama Mengidam, Akhirnya…” – Niena Baharun

Sejak berbadan dua, pelakon Niena Baharun ini teringin untuk menjamah ‘raja buah’. Akhirnya…..

error: Content is protected !!