Euforia Bola 2026
Contest By: Atiqah Johari September 6, 2022 @ 6:30pm

Terpaling Juara: Netizen Bengang Ifa Raziah ‘Menjawab’ Juri, Ini Respons Padu Hattan – “Kalau Terkeluar Jangan…”

Sekali lagi persembahan penyanyi, Ifa Raziah dikritik oleh wargamaya gara-gara nyanyiannya terkucil ketika menyanyikan lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah, nyanyian asal Ella.

Namun begitu, Ifa tampil mempertahankan diri dengan mengatakan nyanyiannya sedemikian rupa berpunca daripada busana yang dipakainya kepada juri, Datuk Hattan.

Gara-gara itu, Ifa didakwa ‘menjawab’ ketika Hattan mengkritik persembahannya dan ramai yang tidak senang dengan tindakan Ifa serta menganggap dirinya tidak boleh menerima kenyataan.

Menerusi video temu bual F8BUZZ, Hattan tampil memberi kenyataan mengenai alasan dan tindakan Ifa yang menyalahkan pakaiannya.

“Dua minit setengah nak kena bawa baju, terpijak… dah tiba-tiba dah macam termelatah, apa hal… tak boleh… mana boleh… marah aku macam itu. Ini bukan pertandingan pakaian,” jelasnya.

Ditanya mengenai sikap Ifa yang didakwa menjawab, Hattan menegaskan bahawa dia tidak kisah malah dia tidak berasa rugi sedikit pun dengan tindakan ‘menjawab’ itu.

“Aku tak kisah dia menjawab. Aku tak rugi apa pun engkau yang rugi.

“Dia nak menjawab dia punya pasal. Aku apa pun juri dekat sini dengan Gee (Fauziah Latif), aku nak bagi benda yang betul ja. So, kalau kau nak menjawab, kau rasa benda itu kau betul, kau jalan lah,” jelas Hattan.

Hattan turut menjelaskan bahawa dia mempunyai kuasa sebagai juri untuk mengkritik dan menasihati para peserta.

“Kalau kau terkeluar jangan marah pulak. Kuasa dekat tangan kita (juri) tapi kita tidak sezalim itu,” ujarnya lagi.

@f8buzz Dato’ #Hattan tak kisah @ifa_raziah menjawab 😳 ‘Humban’ keluar kalau peluang diberi tak diambil di #TerpalingJuara Vid penuh YT F8Buzz #ifaraziah ♬ original sound – F8Buzz

Sumber: F8BUZZ

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 14 Aug 2024
Featured Tue, 8 Feb 2022
Trending Sun, 4 Sep 2022
Hiburan Thu, 3 May 2018

“We Made It To Kuala Lumpur” – Dua Lipa Akhirnya Teruja

Teruja!  Ini mungkin antara perasaan peminat-peminat beliau pada ketika ini terhadap penyanyi yang mula menempa nama di pentas antarabangsa melalui lagu New Rules nya. Dua Lipa yang kini berada di Malaysia sempena konsert jelajahnya hari ini […]

Featured Wed, 4 Mar 2026

Foto Lama Pakai Baju Sendat Ditularkan Semula, Netizen Tegur Qistina Raisah: “Dah Besar Dik, Pergi Pakai Lagi Baju Budak 0-6 Months Kenapa?”

Pelakon Qistina Raisah menyorot perhatian ramai selepas foto lamanya kembali tular di platform media sosial baru-baru ini.

Hiburan Sat, 19 May 2018

Yoon Eun Hye Finally Acting Again After 5 Years Hiatus

It’s been a while since we last saw her acting in anything new.

Hiburan Sun, 9 Dec 2018

#AnggunLife : Ika Nabella Seronok Jadi Tokey Sambal

Setakat ini Ika sudah hasilkan tiga jenis sambal iaitu sambal Hitam, Merah dan Hijau. Tahniah Ika!

error: Content is protected !!