Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari September 6, 2022 @ 6:51pm

Genap 20 Hari Pemergian, Uyaina Arshad Luah Rasa Terkilan Tak Sempat Peluk Abang – “Kalau Boleh Undur Masa”

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad memuat naik sebuah video di Instagram dengan menyatakan dia berasa ralat apabila tidak dapat memeluk abangnya buat kali terakhir.

Menerusi video perkongsian itu, Uyaina memuat naik momen-momen indah bersama abang sulungnya, Allahyarham Mejar Dr Mohd Attaful Uzair Arshad.

Lebih meruntun hati, Uyaina meluahkan perasaan terkilannya apabila sehari sebelum pemergian abang tercinta dia tidak memeluk abangnya itu seperti kebiasaannya.

“Sehari sebelum arwah pergi, Yana dan Syahiran ada jumpa arwah. Selalunya lepas salam, Yana memang akan peluk dia. Lepas tu baru akan balik.

“Tapi entah kenapa, haritu Yana tak peluk dia. Lepas salam, terus je naik kereta. Rasa terkilan sangat-sangat.. Kalau boleh undur masa, rasa nak peluk dia kuat-kuat,” luahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Namun begitu, Uyaina menganggap perkara yang berlaku membuatkan dirinya belajar untuk lebih menghargai orang tersayang sebelum ia bertukar jadi kenangan.

“Tapi benda ini banyak ajar Yana untuk lebih menghargai orang di sekeliling kita… Terutamanya orang yang kita sayang. Sebelum momen bertukar menjadi kenangan. Hargai mereka,” tulis Uyaina di ruangan kapsyen.

Meninjau diruangan komen, ada segelintir yang berkongsi mengalami pengalaman yang sama dan rata-ratanya sebak dengan perkongsian Uyaina serta meninggalkan ucapan takziah kepadanya.

          

Terdahulu, Uyaina berkongsi berita duka mengenai pemergian abang tercintanya menghadap Ilahi pada hari ulang tahun kelahiran ibunya pada 19 Ogos lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 29 Apr 2019

‘ Ecah Nak Jadi Penyanyi’- Zain Saidin Sanggup Labur Duit Demi Anak Tersayang!

Saya sering mengingatkan dia agar jika melakukan sesuatu, dia harus melakukan sebaik mungkin sehingga berjaya. Jangan buat kerja ala kadar!

Featured Fri, 19 May 2023
Hiburan Sat, 19 Apr 2025
Hiburan Mon, 22 Aug 2022

“Menitik Air Mata Saya…” – Afdlin Shauki Dedah Punca Perceraian

Semoga dipermudahkan urusan buat mereka berdua dan keluarga.

Featured Sat, 28 May 2022

“Siapa Orang Tu Nak Kata Saya Istidraj? Jangan Buat Kerja Tuhan,” – Ifa Raziah

Uishh, pedas juga Ifa Raziah balas balik kenyataan Ustazah tu.. 🫢😅

Featured Sat, 12 Jul 2025

Ameera Khan Tegur Netizen ‘Bitter’ -“Kadang-Kadang Saya Mahu Menampar Muka Anda, Tapi…”

Ameera mengaku dia juga mempunyai tahap kesabaran seperti orang lain.

Trending Sat, 8 Dec 2018

Jentera Pengorek Memanjat Menara di Vienna, Austria.

Menara khas dibina bagi membolehkan jentera pengorek ini ‘memanjat’.

Hiburan Wed, 2 May 2018

Fikir Sebelum Cakap – Nita Hamzah

Kecaman mula timbul apabila netizen menganggap gaun pengantin Nita dilihat terlalu seksi dan jarang terutama pada bahagian bahu hingga dadanya.

error: Content is protected !!