Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi September 13, 2022 @ 7:09pm

Dikritik Gara-Gara Lagu Dewa 19, Elyana Tampil Bidas Komen Netizen – “Sejahat Apa Pun, Allah Tetap Di Hati…”

Penyanyi Elyana sebelum ini heboh menjadi perbualan netizen selepas kontroversi berkaitan dirinya yang telah membuat keputusan untuk membuka hijab mengundang 1001 pertikaian.

Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Kerana Mendoakan. Saya Dah Fikir Semasak-Masaknya” – Elyana Perjelas Isu Tak Berhijab

Artikel Berkaitan: Diminta Pergi Mamp*s Gara-Gara Tanggalkan Hijab, Ini Respons Elyana

Elyana yang kini pulih daripada penyakit kanser limfoma berkongsi sebuah video di Instagram miliknya menonton konsert Dewa 19 baru-baru ini.

Menerusi ruangan kapsyen, pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu itu berkata, lagu Hadapi Dengan Senyuman milik Dewa 19 itu adalah lagu yang menjadi penyuntik semangatnya.

“Lagu semangat saya. Lagu yang sangat bermakna sepanjang saya berjuang,” tulisnya.

Menerjah ke ruangan komen, terdapat netizen yang mempertikai Elyana yang mendakwa tidak wajar untuk sebuah lagu menjadi penguat semangat.

“Ingatkan Allah jadi semangat kau, lagu Dewa rupanya. Patutlah pun,” tulis netizen berkenaan.

Bagaimanapun, netizen berkenaan dikecam oleh peminat Elyana yang tidak bersetuju dengan komen tersebut.

Menurut mereka tidak patut individu berkenaan mengkritik Elyana kerana meminati sebuah lagu.

“Lagi ni always keep me on the ground. Life is full of surprises. You just do you okey,” kata netizen.

Elyana turut membalas komen tersebut dengan berkata,

“Yes, just go with the flow. Selalu berusaha untuk berbuat baik walaupun kita tak baik,” ujarnya.

Netizen lain turut memohon Elyana untuk terus hidup bahagia tanpa mempedulikan orang lain.

Bagaimanapun, Elyana yang membalas komen netizen itu turut menjelaskan bahawa meskipun penampilannya kini berbeza, namun Sang Pencipta tetap di hati.

“Sejahat apa pun kita, tetap Allah di hati. Tak pernah ada selain Allah. Setiap hari berusaha untuk jadi yang baik, walaupun kita bukan orang yang baik,” luahnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 Aug 2025

“Alhamdulillah… Ammar Ahyan Tak Trauma, Membesar Elok Je” – Nur Shahida

Shahida syukur Ammar Ahyan membesar dengan baik, cukup makan

Hiburan Thu, 10 Oct 2024

Shamsul Ghau Ghau Puji Fattah Amin Tak Buka Aib Fazura – “Berdiam Diri Tak Bermakna Kalah, Kebenaran Akan Muncul”

‘Kenapa yang buruk-buruk nak cerita kat orang, diam sudah’ – Shamsul Ghau Ghau

Hiburan Tue, 12 Nov 2024
Hiburan Tue, 20 Aug 2024

Isu Influencer Lelaki Bersolek Seperti Wanita, Ucop Tampil Beri Nasihat – “Tak Ada Masalah Tapi…”

‘Mereka bebas untuk buat content apa saja tapi kena bagi manfaat’ – Ucop

Hiburan Tue, 7 May 2019

Kyuhyun Officially Discharged + Performing Solo at Seoul Jazz Festival 2019

He is the last Super Junior member to complete his military enlistment!

Featured Tue, 10 May 2022

Degupan Jantung Anak Dalam Kandungan Terhenti Seminggu Sebelum Raya, Elvina Mohamad Keguguran 

Anak syurga.. Elvina lakukan prosedur membersihkan rahim hari ini

Hiburan Tue, 25 Feb 2025
Hiburan Thu, 15 Feb 2024
error: Content is protected !!