Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 13, 2022 @ 6:57pm

“Bila Saya Buat Apa Saja, Mesti Netizen Nak Bising” – Baby Shima Ulas Isu Nak Jadi Model Jenama Pakaian Dalam

Baru-baru ini, penyanyi sensasi, Baby Shima ada meluahkan hasratnya untuk menjadi model jenama pakaian dalam di media sosial sehingga menjadi bualan hangat netizen.

Terbaharu, Baby Shima tampil menjelaskan luahannya itu sekadar sindiran sahaja.

Shima juga menyedari apa yang dimuat naik di laman media sosial pasti akan mengundang kritikan warganet namun penyanyi itu tetap dengan dirinya yang sudah kalis dengan kecaman.

“Sebenarnya posting itu saya saja perli. Tapi tak sangka netizen ambil serius pula.

“Bila saya buat apa saja, mesti netizen nak bising. Tapi saya okay saja kena kecam. Jangan jadi artis kalau tak boleh kena kecam,” katanya.

Pelantun lagu Pura Pura Bujang itu sebelum ini berasa kecewa apabila dirinya tidak dipanggil untuk
menjadi model pakaian dalam jenama popular.

Shima yang kini berada di Indonesia juga turut menerima kecaman apabila memakai seluar warna coklat cerah sehingga menampakkan bentuk seluar dalamnya.

“Ikutkan apa yang saya pakai sama saja dari dahulu. Tak ada pun terdedah sangat. Kang saya pakai jubah bergelek, orang cakap saya hina agama pula,” ujarnya.

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 26 Dec 2024
Hiburan Mon, 8 Jul 2019
Hiburan Mon, 23 May 2022

“Saya Sangat Kagum Dengan Bakatnya…” – Ellie Suriaty Tidak Ada Masalah Untuk Bekerjasama Dengan Bekas Suami

Ellie Suriaty tiada masalah untuk bekerjasama dengan bekas suami pada masa akan datang.

Hiburan Sat, 7 Jul 2018

Aktivis LGBT Dilantik Jadi Pegawai Di KBS? Ini Jawapan Syed Saddiq!

“Terdapat ‘permata’ yang tersembunyi di seluruh Malaysia. Sebab itu saya mengambil pendirian untuk menerima CV (curriculum vitae) dari sesiapa pun. Haaa, dengar tu semua! Bolehlah korang cuba nasib, siapa tahu anda ‘permata’ yang dicari itu!

Trending Sun, 7 Feb 2021

“Wira Dalam & Luar Gelanggang!” – Lee Chong Wei Sumbang 50 Tablet Buat Pelajar Kurang Berkemampuan

Lagenda badminton tanah air, Datuk Wira Lee Chong Wei tampil memberikan sumbangan berupa tablet untuk kegunaan pelajar yang kurang berkemampuan. Perkara tersebut dikongsikan menerusi satu entri dilaman Facebook, Steven Sim Chee Keong pada Jumaat. Menurut […]

Trending Thu, 19 Mar 2020

COVID-19: Prihatin Terhadap Kakitangan, Media Prima Mula Pelan Tindak Balas Perintah Kawalan Pergerakan

Kerjasama dan keprihatinan majikan dengan kakitangan amat penting dalam situasi wabak sebegini.

error: Content is protected !!