Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari September 15, 2022 @ 1:16am

Finaz Yunus Minta Individu ‘Tinggal’ & ‘Cabut’ Gelaran Agamawan – “Kalau Tak Mampu Kawal Nafsu, Cari Kerjaya Lain”

Sejak kebelakangan ini, heboh di laman sosial mengenai salah laku individu yang berstatus agamawan yang didakwa terbabit dengan kes gangguan seksual.

Sehubungan itu, pengacara TV, Finaz Yunus tampil memberi pendapat peribadinya di media sosial.

Menerusi Instagramnya, Finaz dilihat memuat naik sebuah hantaran yang memaparkan keratan artikel mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad dan bersetuju dengan kenyataan tersebut.

“Terima kasih YB Menteri Agama.

“Selaku pengamal media yang sering menerima berita pertama berkenaan salah laku melibatkan golongan agamawan, saya amat berharap galaslah tanggungjawab kalian dengan baik dan penuh amanah,” ujarnya.

Dengan lantang, Finaz meminta kepada mana-mana individu yang tidak mampu mengawal nafsu untuk tidak menggunakan gelaran tertentu.

“Seandainya tidak mampu mengawal nafsu kalian TINGGALKANLAH dan CABUTLAH title Pencetus Ummah, Imam Muda, Murabbi, Ikon Dakwah, Ustaz, Mudir dan sebagainya.

“Carilah kerjaya lain,” jelasnya.

Bagi Finaz, gelaran seperti itu mempunyai nilai dan tanggungjawab besar yang perlu dipikul serta mereka membawa imej agama.

“Title itu terlalu BESAR NILAI dan TANGGUNGJAWAB yang perlu dipikul. Anda membawa imej agama Islam.

“Tidak sekadar populariti dijemput ke sana sini. Cukuplah Islam difitnah oleh musuhnya.

“Usah kita jadi ‘bahan penyedap’ buat musuh agama membusukkan lagi nama Islam,” luah Finaz diruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Finaz Yunus (@finazyunus)

Meninjau diruangan komen, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan kenyataan yang dilontarkan oleh pengacara tersebut.

    

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Fri, 10 Nov 2023
Figura Wed, 13 Sep 2023
Kisah Viral Wed, 28 Aug 2024
Hiburan Fri, 3 Oct 2025
Hiburan Sat, 21 Oct 2023
Featured Thu, 14 Jul 2022

“Masih Banyak Perlu…” – Nyanyian Casablanca Live Dikritik Sumbang, Ini Respons Nuha Bahrin

Alahai, sabar ya Nuha ☺️ Yang penting terus belajar dan tak patah semangat! ❤️

error: Content is protected !!