Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 17, 2022 @ 2:24pm

“Dulu Ramai Anggap Aplikasi Ini Kebudak-Budakan” – Aeril Zafrel Digelar Presiden TikTok?

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel mengakui ramai pengikut yang memberikan gelaran ‘Presiden TikTok’ kepadanya.

Memiliki lebih dua juta pengikut di aplikasi terbabit, Aeril mengakui TikTok dipandang sebelah mata ketika ia mula popular di Malaysia.

“Saya tak pernah cakap saya Presiden TikTok, gelaran itu diberikan oleh ramai pengikut memandangkan saya aktif di platform terbabit.

“Sewaktu pandemik melanda dan semua berada di rumah gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan, saya mula rancak di platform terbabit.

“Saya akui dahulu ramai yang memandang aplikasi ini sebelah mata dan menyifatkan ia bersifat kebudak-budakan kerana kandungan yang dipaparkan.

“Saya malas nak ambil peduli sebab saya sendiri pun bosan di rumah, jadi saya sering memuat naik kandungan untuk menghiburkan peminat.

“Ada juga peminat mendedahkan mereka sanggup memuat turun aplikasi itu semata-mata mahu menonton kandungan yang saya hasilkan.

“Mungkin orang skeptikal dan anggap platform TikTok hanya untuk menari sahaja, tetapi ia banyak juga manfaat lain, seperti menyebarkan informasi, mempromosikan perniagaan dan menjana pendapatan. Lama kelamaan, orang boleh terima dengan platform ini,” katanya.

Aeril ditemui bersama isterinya, pelakon Wawa Zainal pada majlis pelancaran wangian Asmaradana keluaran Wawa Cosmetics x Rozyana, baru-baru ini.

Bekerjasama dengan pempengaruh TikTok popular, Rozyana Roslan yang mempunyai hampir lima juta pengikut, Aeril dan Wawa tak menafikan aplikasi terbabit memberi kesan positif kepada mereka.

“Aplikasi TikTok memberi kesan positif, lebih-lebih lagi kepada jenama dan perniagaan kami. Kerjasama dengan Rozyana memang sangat dinantikan kerana dia mempunyai ‘jenama’ yang kuat.

“Ini adalah kerjasama kedua kami bersama pempengaruh TikTok. Sebelum ini, kami pernah berkolaborasi bersama Nelysa Norazlan.

“Alhamdulillah, produk wangian itu sudah terjual 22,000 unit sebelum pelancaran rasmi dibuat dan ia memberikan impak yang sangat baik,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 10 Oct 2025

Menginjak Usia 50 Tahun, Fazley Yaakob Lebih Peka Jaga Kesihatan & Penampilan Demi Anak-Anak

Menurut Fazley Yaakob, usia yang semakin meningkat tidak bermakna seseorang perlu mengabaikan penampilan.

Hiburan Mon, 27 Mar 2023

Takkan Mudah Buah Tangan Baharu Rief Daniel

Tahniah atas single yang terbaharu!

Hiburan Tue, 24 Oct 2023
Hiburan Mon, 24 Mar 2025

Shukri Yahaya Kembali Berlakon Filem Selepas 5 Tahun – “Sharnaaz Berjaya Pujuk & Beri Dorongan”

Shukri mahu membuktikan kebolehannya dalam filem dan tidak mahu terus dikaitkan dengan watak drama cinta dan emosi

Featured Thu, 30 Apr 2026

Che Ta Respons Kenyataan Wak Doyok Label Lelaki ‘Cacat’ Bila ‘Kepit’ Beg Tangan Teman Wanita – “Okay Je Kalau Tolong, Yang Tak Normal Bila…”

Che Ta tampil membidas kenyataan pelakon dan ikon fesyen, Wak Doyok susulan isu lelaki yang membawa beg tangan wanita.

Hiburan Sat, 9 Jun 2018

Perangai Netizen Semakin Menjadi-Jadi, Jasmin Hamid Akui Terguris

Jangan takbur dengan ilmu yang kamu ada kerana Allah Maha Mengetahui. Jaga adab bila masuk rumah orang kalau kamu rasa kamu penuh Iman di dada…

Hiburan Thu, 12 Jun 2025

MPO Semarakkan Warisan Muzik Tradisional dengan “Simfoni Budaya II” di DFP

MPO sekali lagi mengangkat martabat muzik tradisional tanah air menerusi konsert Simfoni Budaya II yang bakal berlangsung 5 Julai 2025.

error: Content is protected !!