Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain September 19, 2022 @ 10:05am

Zara Zya Nak Jadi Jahat

Pelakon Zara Zya mengakui terbuka untuk menerima tawaran lakonan yang memerlukannya menjayakan watak antagonis atau jahat daripada mana-mana produksi.

Sering tampil dengan membawa watak protagonis atau baik, Zara turut ingin mencabar diri untuk membawa kelainan dalam lakonannya biarpun bakal dibenci.

“Siapa yang tidak takut dibenci, cuma setakat ini saya belum pernah dapat watak antagonis atau jahat.

“Sekali-sekala saya mahu juga mencuba watak berbeza. Mungkin penonton lebih suka tengok saya dalam karakter gadis desa atau wanita teraniaya.

“Saya mahu mencabar diri, pada masa bersyukur kerana penerbit dan pengarah masih meletak kepercayaan untuk saya melakonkan watak berat, biarpun dilihat ada persamaan dengan karakter sebelum ini,” katanya.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Zara juga sempat meluahkan rasa bersyukur kerana masih kekal relevan dalam industri hiburan biarpun kini ramai pelakon baharu yang meningkat naik dalam masa singkat.

“Kalau hendak kata terlalu di atas itu, tidak juga. Biasa sahaja. Cuma, saya bersyukur masih lagi relevan dan tawaran tetap ada. Alhamdulillah, peminat juga terus menyokong setiap produk seni saya,” ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 1 May 2019

Check Out the Latest Up and Rising Band Tashoora

Their songs are really catchy.

Hiburan Tue, 9 Dec 2025
familuv Mon, 11 May 2020
Hiburan Tue, 20 Jun 2023
Hiburan Thu, 23 Aug 2018

Wow! Nama Cowell Kini Di Hollywood Walk Of Fame

18 tahun yang menakjubkan. Jika sesiapa mengatakan kemasyhuran adalah perkara tidak baik, saya tidak tahu apa yang anda perkatakan. Ia adalah perkara terbaik di dunia.

error: Content is protected !!