Euforia Bola 2026
Fab Foodies! By: Ad Ops April 30, 2018 @ 10:13am

Kafe Ini Wajib Dilawati Buat Pencinta Kucing Tegar!

Haiwan peliharaan mampu mengurangkan stress dan boleh membuatkan emosi manusia lebih tenang. Konsep kafe ini sebenarnya berasal dari Taiwan, yang kemudiannya mendapat sambutan yang baik di Malaysia. Bermula daripada studio fotografi, kini Superstar Pet Studio telah berwajah baru. Dilengkapi dengan ruang besar untuk bermain kucing, anda juga boleh merasai menu istimewa di kafe ini. 

Buat pencinta kucing, ini adalah tempat terbaik korang untuk membelai dan bermain-main dengan haiwan comel ini. Terdapat lebih daripada 15 ekor kucing di Superstar Pet Studio dan korang juga berpeluang untuk menggomol beberapa kucing yang diimport khas dari luar negara seperti British Shorthair, American Curl, Sphinx, Mianecoon dan sebagainya.

Di samping itu, korang boleh merasai sendiri pengalaman bermain dengan meerkat iaitu salah satu watak dalam filem Madagascar!

Kafe ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Selasa, iaitu dari jam 11.30 pagi hingga 11.30 malam. Superstar Cat Studio juga turut  menawarkan makanan barat, snek ringan dan pelbagai jenis dessert. Jika korang singgah  ke kafe ini, anda dinasihatkan agar merasai snow ice istimewa daripada kafe mereka. 

Untuk pengetahuan, kafe ini turut mendapat sambutan yang luar biasa daripada pengunjung. Oleh sebab itu,  pihak kafe  berhasrat untuk menambah lebih banyak menu di kafe mereka.

Selain bermain dan menjamu selera, korang juga boleh mendapatkan kostum, catnip dan suplemen tambahan untuk kucing kesayangan korang  di sini. Semuanya semudah 3 in 1, khas untuk anda!

Jadi, apa tunggu lagi? Jom ke Superstar Pet Studio sekarang dan manjakan diri korang bersama haiwan-haiwan comel ini!

 

Superstar Pet Studio @ Cafe

Alamat: Pusat Komersial, Seksyen 7, Shah Alam

Waktu Beroperasi: 10.30 pagi-10.30 malam (Isnin-Jumaat kecuali Selasa) 

11.30 pagi – 11.30 malam (Sabtu-Ahad)

Hubungi: 03-8081 2665 

Facebook/Instagram: @superstar_petstudio

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 21 Feb 2022
Featured Thu, 21 Aug 2025

Kmy Kmo ‘Tak Selera’ Dengar Lagu AI – “Emosi Lagu Tu Kosong Paling Sedih Bila…”

Kata Kmy, lagu itu sebagai karya yang lahir bukan dari jiwa.

Hiburan Wed, 14 Aug 2019

‘Masih Ada’ Bukti Ewal, Akma Abdullah Belum Mengaku Kalah

Ewal & Akma tak bimbang penerimaan peminat!

Hiburan Thu, 14 Nov 2019
Trending Thu, 28 Apr 2022

Kuarantin Wajib 7 Hari Tidak Perlu Jika Tidak Positif Lagi

Jika sudah disahkan negatif, tidak perlu habiskan kuarantin wajib 7 hari.

Events Sat, 31 May 2025

Guru & ‘Abang Wiring’ Didenda RM5,000… Mengaku Bersalah Terpalit Skandal S*ks

Mengambil kira pengakuan tertuduh, fakta berlaku perbuatan zina seperti yang diakui.

Hiburan Mon, 2 Sep 2019

Selepas 23 Tahun…Mark Adam Tunai Janji!

Syukur Alhamdulillah Ya Allah…

error: Content is protected !!