Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari October 1, 2022 @ 4:44pm

Titip Nasihat Untuk Kasih Iris Leona, Azhar Sulaiman Minta Jangan Jadi Tumpuan – “Kalau Dah Confirm, Baru Tunjuk”

Baru-baru ini, pelakon Azhar Sulaiman memuat naik sekeping foto bersama anak perempuannya, Kasih Iris Leona yang juga merupakan seorang pempengaruh media sosial.

Menerusi hantaran itu, Azhar dilihat menyampaikan ayat berbentuk nasihat mengenai perhubungan cinta kepada anaknya itu.

Menurut Azhar yang mesra disapa mami, tidak perlu untuk tunjuk siapa kekasihnya kepada semua orang jika belum pasti untuk masuk meminang.

“Dear Nuna (Leona)… Lepas ini kalau dah confirm nak masuk meminang SAHAJA baru you tunjuk pada semua orang who is your boyfriend ok,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Bukan itu sahaja, Azhar juga menasihati Leona untuk tidak jadikan dirinya menjadi perhatian orang ramai.

“Jangan jadikan diri anda kembali menjadi tumpuan.

“Berjaga-jaga dengan sisi gelap,” tulisnya ringkas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)

Menjengah diruangan komen, rata-rata pengikutnya memberi komen dalam pelbagai reaksi dengan kata-kata Azhar.

 

Terdahulu, Leona pernah menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki berbangsa Cina yang dikenali sebagai Ryan.

Namun, sebelum berangkat ke United Kingdom bagi menyambung pelajaran dalam jurusan pengurusan, Leona memaklumkan bahawa dia telah berpisah dengan kekasihnya itu sebulan lalu.

Walaubagaimanapun, mereka berdua masih menjadi kawan baik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 Oct 2018

Akur Peminat Bukan Muda Lagi, XPDC Muncul Dengan Rock Dakwah

Saya mendapat nasihat daripada seorang ustaz yang mana dia memberitahu, saya boleh berdakwah menerusi lagu.

Trending Sun, 17 Apr 2022
Hiburan Sun, 2 Jul 2023

Ibu Mertua Noor Nabila Meninggal Dunia

Al-Fatihah 🤲🏻😌

Featured Tue, 22 Nov 2022
Hiburan Fri, 17 Apr 2026

Hariz Hamdan Kirim Nota Hari Jadi Buat Hazwani Helmi, Doakan Misi Sumud 2.0

Mengulas kritikan terhadap penyertaan wanita dalam Sumud 2.0, Hariz Hamdan memilih untuk berdiri di belakang Hazwani Helmi sebagai seorang rakan.

Hiburan Fri, 22 Dec 2017

Ada Yang Kata Fattah Amin Pelakon ‘Kayu’

Erma Fatima Nafi Fattah Amin Pelakon ‘Kayu’

Hiburan Tue, 16 Jun 2026

“Dahsyat Betul Membenci Saya…” – Khairul Aming Terkilan Ada Yang Menanti Kejatuhannya

Menurut Khairul, dia terkejut melihat ada pihak yang terlalu cepat membuat kesimpulan dan seolah-olah menantikan kegagalannya.

Cahaya Mata Wed, 21 Dec 2022

Beri Pendedahan Tentang Anatomi Di Awal Usia, Sheikh Muszaphar Harap Anak Jadi Doktor

Angkasawan pertama Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dipuji warganet kerana mengajar anak-anaknya yang masih kecil berkenaan struktur dan penyusunan organ-organ tubuh manusia. @drsheikhmuszaphar #doctors ♬ Bara Bara Bere Bere – Gino Debugati Menerusi perkongsian […]

error: Content is protected !!