Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 3, 2022 @ 6:11pm

Rupanya Fourtwnty Hampir Bubar, Terharu Disambut Hangat 5,000 Peminat Di Malaysia!

“Kami pernah hampir bubar kerana tidak cukup wang.”

Demikian kata Kumpulan popular dari negara republik Indonesia, Fourtwnty saat menceritakan momen pahit manis mereka selepas sahaja mengadakan konsert terakhir mereka di Malaysia sekitar tahun 2019.

Menurut Ari Lesmana selaku vokalis kumpulan itu, disebalik kata-kata indah yang mewakili rata-rata remaja mahupun dewasa, siapa sangka mereka juga pernah berhadapan saat sukar untuk bertahan dan bergelar pemuzik terkenal.

“Aneh kerana lagu kami banyak yang tahu tapi kami tidak ada pekerjaan. Tiada yang panggil kami untuk persembahan. Susah mendapatkan tajaan kerana sering ditolak oleh jenama besar. Kita pernah pergi turun ke jalan, jual tiket konsert kami sendiri kerana tidak ada orang yang tahu.

“Dan tahun 2016 kami pernah hampir bubar kerana tidak cukup wang. Kami pernah berada di situasi kumpul duit ramai-ramai untuk makan. Saya ada banyak ini, Nuwi ada banyak ini yang lain ada sebanyak ini. Duit itu kita kumpulkan sama-sama supaya ada benda untuk dimakan dalam tempoh tiga hari kehadapan.

“Orang lain mungkin melihat kami senang-senang sahaja. Tapi kami tetap berusaha mencari bahagia. Tetap berusaha menjadi manusia dan menghasilkan album terbaru,” katanya kepada XTRA.

Bagaimanapun, sikap tidak mudah menyerah menjadikan kumpulan Fourtwnty mampu bertahan sehingga kini. Malah, muzik folks yang mereka bawa juga kini dikenali bukan sahaja di Indonesia tetapi di Malaysia.

Membayangkan perjalanan mereka seperti bunga matahari, Heliotropisme konsert Fourtwnty Live In Kuala Lumpur yang diadakan pada 1 dan 2 Oktober 2022 lalu ternyata disambut hangat oleh semua peminatnya.

 

Membawakan 16 buah lagu popular dari  Zona Nyaman sehinggalah Heliotropisme, Fourtwnty juga tidak kedekut untuk memberikan satu lagi lagu tambahan istimewa buat semua kaum lelaki yang sedang patah hati berjudul, Menghitung Hari.

“Ini tiada dalam skrip ya, seharusnya selepas ini kita semua pulang,” kata Ari sambil disambut dengan sorakan penonton.

Konsert yang begitu dekat dihati peminat dengan alunan muzik dan penataan cahaya yang baik ternyata memukau semua yang hadir pada malam tersebut.  Malah, rata-rata peminat yang hadir merasakan konsert Fourtwnty kali ini begitu luar biasa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Hiburan Fri, 3 Jan 2020
Hiburan Wed, 3 Apr 2019

‘Syok Baring Kat Lantai, Sedar-Sedar Dah Dalam Ambulans’- Azhan Rani Kongsi Pengalaman Cemas Di Set Nur 2

Terima kasih doktor-doktor kat unit kecemasan sana. Walaupun dia kata dia benci Syed Hamadi tapi tetap cucuk jarum dengan penuh hemah kat aku.

Trending Wed, 12 Dec 2018

Youtube Malaysia Rewind Video Terhangat Sepanjang 2018

Nak tahu antara video paling trending sepanjang 2018?

Trending Wed, 23 Oct 2019
Featured Thu, 11 Jun 2026

Bawa Watak Perempuan Bisu, Umie Aida Puji Lakonan Mantap Aghniny Haque Dalam Khadam – “Energinya Konsisten Dalam Setiap Babak”

Kata Umie, dia berasa kagum terhadap setiap lakonan yang diberikan para pelakon yang terlibat dalam naskhah thriller ini.

Hiburan Tue, 19 Dec 2017

INI SEBAB KENAPA SAHARUL RIDZWAN TERHARU

Pelakon Zahir Tak Terucap ini menyatakan rasa syukurnya kerana, doa yang dimintanya selama ini telahpun dimakbulkan.

Events Fri, 28 Mar 2025
error: Content is protected !!