Featured By: Maya Basir October 6, 2022 @ 9:54pm

Hasnol Didakwa Fitnah Bekas Isteri, Punca Perceraian Mengaibkan Maruah Wanita

Bekas isteri penyanyi Hasnol iaitu Marina Mohin menafikan tuduhan punca perceraian mereka adalah kerana dirinya mengejar kemasyhuran dan populariti kerana ia merupakan fitnah besar.

Memetik laporan mStar, Marina, 52, dia berharap masyarakat tidak mudah percaya dengan tuduhan yang dilemparkan ke atasnya.

“Satu sahaja yang boleh katakan, tuduhan inginkan kemasyhuran dan populariti adalah satu fitnah terhadap saya.

“Saya harap orang di luar sana tidak sewenang-wenangnya mempercayai secara membuta tuli tentang kenyataan tersebut,” katanya.

Marina dan Hasnol bercerai dengan talak satu dihadapan Hakim Syarie, Mohd Syafiq Ibrahim di Mahkamah Syariah Bangi pada pagi Khamis.

Namun, Marina enggan mengulas lanjut mengenai punca sebenar perceraian mereka bagi menjaga maruahnya sebagai seorang wanita dan membuka aib bekas suami.

“Saya tidak mahu membuat sebarang kenyataan kerana tidak ingin mengaibkan sesiapa,” ujarnya.

Menurut Marina, keutamaannya sekarang adalah untuk menjaga emosi dan kebajikan anak mereka yang kini berusia 11 tahun yang terganggu dengan berita penceraian mereka.

“Saya ada kerjaya dan anak yang perlu dijaga, jadi rasanya tidak ada apa-apa lagi yang ingin saya katakan untuk mengelakkan perkara ini menjadi lebih keruh,” jelasnya.

Untuk rekod, perkahwinan mereka bergolak sejak berkahwin pada 2010 dan pada tahun 2015 rumah tangga mereka pernah alami masalah namun dapat selesai dengan cara baik.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Mon, 26 Jun 2023
Featured Mon, 19 Aug 2019

Melukis dengan kopi pekat, hasilnya mengagumkan

Aroma kopi buat diri rasa tenang, cubalah!

Hiburan Fri, 21 Dec 2018

李佩玲「攻顶」开唱!突破自我邀千人共度跨年夜

时隔半年,李佩玲终于要展开个人巡演的第二站啦!

Featured Sun, 23 Jan 2022
Events Fri, 17 Jun 2022

Netizen Indonesia Dakwa Malaysia Tiru Budaya, Haneesya Hanee Tampil Bersuara!

Setiap budaya dan tradisi ada keunikan tersendiri 🫶🏼 Kita kan serumpun, hormat lah antara satu sama lain 🤝🏼

Featured Wed, 16 Aug 2023

[VIDEO] Gelagat Lisa Surihani Menari Curi Perhatian, Netizen Komen -“Dia Menari Pun Cantik, Tak Faham!”

Geram ek tengok Lisa ni, min sendiri tak faham cantik bethulll!💗💗💗💗