Featured By: Atiqah Johari October 11, 2022 @ 7:20pm

[VIDEO] Penangan ‘Nuha’, Bella Astillah Dedah Terima DM & Kongsi Rakan Alami Nasib Serupa – “Husband Patahkan Jari Dia”

Pelakon Bella Astillah mendedahkan bahawa ramai wanita yang mengalami nasib yang sama malah lebih teruk daripada watak Nuha menerusi sebuah drama yang sedang menjadi bualan hangat penonton iaitu Aku Tanpa Cintamu.

Baru-baru ini, Bella dilihat sedang berbual menerusi sesi siaran langsung bersama pelakon hebat, Zamarul Hisham di TikTok dan memaklumkan bahawa dia menerima banyak mesej langsung (Direct Message) daripada individu yang berhadapan masalah sama seperti Nuha.

“Sebenarnya, in real life pun ada kawan-kawan Bella yang melalui benda yang sama sebab itu Bella pun tanya diorang… sebab it is not easy untuk keluar daripada sesebuah hubungan tu especially kalau pilihan sendiri.

“Lepas tu, tahu tak abang, Bella dapat banyak sangat DM yang macam orang siap hantar gambar macam mana dia kena pukul… jadi macam rasa takut sangat, jadi macam betul la Nuha (watak drama) tu sebenarnya baru sikit, ada orang yang lebih teruk,” kongsi Bella.

Menerusi rakaman video perkongsian oleh pemilik akaun @nadiaa_naddd di TikTok, Bella turut mendedahkan bahawa rakannya sendiri berhadapan dengan masalah suami bersikap panas baran dan kaki pukul sehingga mematahkan jari.

“Ada kawan saya sendiri, jari dia patah… husband dia bagi patah jari dia.

“Saya teman dia pergi balai polis semua, jadi sebenarnya ada orang lalui benda yang lebih teruk lah,” kata Bella.

@nadiaa_naddd Nuha dgn Adam live ☺️#akutanpacintamu #nuhaadam #bellaastillah #zamarulhisyam #artismalaysia #fyp #dramamelayu #dramabest ♬ original sound – ❤️N A N A D❤️

Dalam pada itu, ketika sesi siaran langsung, Zamarul sempat menjelaskan bahawa skrip bagi drama Aku Tanpa Cintamu itu melalui proses penapisan dan banyak babak yang telah diubah bagi melembutkan jalan cerita.

“Tapi cerita tu guys, cerita tu dah banyak lembutkan… kita dah banyak ubah, kita dah banyak lembutkan. Kalau tidak dia jadi lebih stress tau,” jelas Zamarul.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memuji dan terkesan dengan lakonan mantap Bella Astilla dan Zamarul Hisham.

Tak kurang juga, ada segelintir mengakui bahawa sememangnya wujud kes sebegini rupa dan ada yang berkongsi berhadapan pengalaman yang sama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 19 Feb 2021

Boleh Semak Status Pembayaran & Kelulusan i-Sinar KWSP Kategori 2 Bermula…

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan bahawa pencarum yang telah membuat permohonan bagi kemudahan i-Sinar bagi Kategori 2 boleh menyemak status bayaran dan kelulusan bermula 8 Mac 2021. Kelulusan automatik bagi kemudahan i-Sinar juga akan diberikan […]

Featured Thu, 16 Feb 2023
Featured Tue, 11 May 2021

Tiada Moratorium Menyeluruh Automatik Walaupun PKP Dilaksanakan

Umum maklum, kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh negara yang bakal bermula esok justeru terdapat beberapa cadangan  timbul mengenai pelaksanaan moratorium secara menyeluruh. Menurut Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor […]

Trending Tue, 2 Mar 2021
Hiburan Tue, 14 Mar 2023