Hiburan By: Maya Basir September 6, 2023 @ 12:28pm

Talha Harith Tak Jadi Kahwin, Nak Jual 4 Ekor Kucing Baka BSH RM20,000 – “Kononnya Saya Nak Set Up Bisnes Untuk…”

Pelakon Talha Harith mendedahkan sanggup menghabiskan wang sebanyak RM20,000 untuk membeli empat ekor kucing baka British Short Hair (BSH) untuk bekas tunangnya.

Memetik laporan mStar, Talha memberitahu dia membuat pelaburan tersebut sebagai tanda menyokong minat wanita berkenaan selain memulakan perniagaan selepas mereka berkahwin.

“Sebab pertama sebab dia minat kucing yang kedua, kononnya as a future husband, saya nak set up satu bisnes untuk wife saya.

“So, saya beli kucing baka British Short Hair. Modal beli kucing empat ekor RM20,000 untuk dijual sebab pendapatan dia tidak tinggi.

“Saya bukan nak cari yang kaya tapi silap saya sebab saya orang dengan ikhlas. Bila dah jadi macam ni jadi susah nak lupa dan still ambil tahu tentang mak dia.

“Yang paling mengecewakan adalah dia boleh dengan selamba kata kucing tu tolong jaga kalau tidak, jual sahaja,” jelasnya.

Susulan pembatalan perkahwinannya bersama wanita itu, ada yang mencadangkan dia membuang atau membakar semua barang hantaran yang dibeli untuk majlis perkahwinan mereka.

“Ada suruh saya bakar sahaja segala perkara tentang bekas tunang, tak akan pula kucing ini semua saya nak bakar juga?,” ujarnya.

Sementara itu, dia mengatakan tidak memikirkan soal rugi untuk perbelanjaan kahwin namun masih cuba hadam tentang perkara yang terjadi.

“Kalau fikir pasal duit, saya dah saman dan ambil semula cincin. Sebenarnya tak ada niat sebab duit buat masa sekarang sebab saya masih tak boleh fikir pasal perkara yang terjadi,” ujarnya.

Pada masa sama, Talha menafikan dakwaan belum ‘move on’ selepas bekas tunang memutuskan hubungan dan berkahwin dengan lelaki lain.

“Bahawasanya kalau korang (netizen) tahu dia (bekas tunang) dah menikah dengan orang lain masa saya ada put hope untuk kahwin dengan dia tu yang paling membuatkan saya rasa marah dan saya nak tahu perasaan orang adakah sama dengan yang saya rasa? Sebab tu saya post, itu sahaja,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 31 Oct 2023
Featured Mon, 28 Aug 2023
Trending Wed, 27 Jan 2021

“Women Empowerment” – Saima Mohsin Bakal Jadi Wanita Muslim Pertama Dilantik Peguam Negara AS

Kaum wanita juga boleh memimpin! Setelah Kemala Harris menjadi wanita pertama yang menyandang jawatan Naib Presiden US, nampaknya kini Saima Mohsin bakal mengikut jejak langkah yang sama.  Terbaru, Saima Mohsin, 52 tahun merupakan seorang wanita […]

Hiburan Mon, 8 Oct 2018

Menang Kategori Sama Lakar Sejarah Tersendiri Buat Fattzura

Kami berterima kasih dengan drama Hero Seorang Cinderella yang memberi banyak kenangan manis dan juga menjadi lokasi pertemuan kami, bercinta dan berkahwin.

Trending Tue, 6 Aug 2019

‘Makan Pedas Sampai Meletop’- Cabaran PEDASSS Chick Yun Challenge Myeondong Topokki

Cabaran pedasss chick yun boleh buat perut korang meletop!

Hiburan Fri, 8 Feb 2019

12 Hari Di ICU, Mamat Khalid Mula Buka Mata Buat Kali Pertama

Semoga abang Mamat Khalid sembuh seperti sedia kala

Hiburan Mon, 27 Feb 2023