Trending By: Attiqah Mohd January 27, 2021 @ 6:43pm

“Women Empowerment” – Saima Mohsin Bakal Jadi Wanita Muslim Pertama Dilantik Peguam Negara AS

Kaum wanita juga boleh memimpin!

Setelah Kemala Harris menjadi wanita pertama yang menyandang jawatan Naib Presiden US, nampaknya kini Saima Mohsin bakal mengikut jejak langkah yang sama. 

Terbaru, Saima Mohsin, 52 tahun merupakan seorang wanita Muslim kelahiran Palestin dilaporkan bakal menyandang jawatan sebagai peguam besar wilayah bagi negara Amerika Syarikat.

Menurut laporan terbitan Geo News, beliau bakal memulakan tugas  pada tarikh 2 Februari ini dengan menggantikan Matthew Schneider yang merupakan peguam semasa bagi daerah Detroit, Michigan.

Terdahulu, Saima memiliki portfolio terkemuka apabila pernah memegang jawatan sebagai Pendakwa Raya Persekutuan selama lebih dari sedekad. Beliau juga telah mula berkhidmat di Pejabat Peguam Amerika Syarikat sejak tahun 2002.

Walaupun begitu, pelantikan tersebut perlu disahkan Dewan Senat terlebih dulu sebelum beliau dapat menyandang jawatan itu secara kekal.

Kredit foto: Motion Magazine

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 20 Sep 2022

Terpaling Juara: Hattan Komen Persembahan Bosan, Ini Respons Rahmad Mega

Minggu depan Rahmad akan bawakan lagu duet Keliru 😍

Cahaya Mata Thu, 22 Dec 2022

11 Tahun Tunggu Zuriat Kedua, Oktovia Manrose Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Pelakon Oktovia Manrose selamat melahirkan bayi perempuan pada 6 Disember lalu. Perkongsian tersebut telah dimuat naik sendiri oleh Oktovia atau nama sebenar Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman di laman Instagramnya dengan kapsyen yang cukup […]

Featured Tue, 10 May 2022

Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Timang Cahaya Mata Ketiga

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin dapat anak ketiga