Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 13, 2022 @ 9:30pm

[VIDEO] Bercuti Ke Langkawi, Ramai Puji Penampilan Neelofa & Haris -“Simple Tapi Tetap Cantik, Steady Je Dengan Seluar Trek”

Selepas mengambil keputusan untuk mendedahkan wajah penuh putera sulungnya, Muhammad Bilal Muhamad Haris pada Rabu, usahawan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor hari ini kelihatan bercuti bersama keluarga kecilnya itu ke Pulau Langkawi, Kedah.

Menerusi perkongsian video di TikTok milik individu yang dikenali sebagai @emyrafatin, Neelofa dilihat mendukung Bilal sambil Haris membawa bagasi di Lapangan Terbang Antarabansga Langkawi, Kedah.

“Wah, Neelofa datang bercuti di Langkawi lah… Rezeki dapat tengok Bilal si comel gebu dan bulatnya,” tulisnya.

Malah, peminat juga berasa teruja melihat penampilan Neelofa dan Haris yang kelihatannya begitu ringkas kerana hanya mengenakan seluar trek dan berbaju lengan panjang sahaja.

Manakala, Neelofa mengenakan baju, hijab dan seluar berwarna hitam sambil dipadankan dengan parka jaket berwarna khakis.

Sementara itu, terdapat segelintir warganet yang tidak menyangka bekas pengacara popular itu kini telahpun bergelar seorang ibu.

 

Terdahulu, Neelofa mengakui berasa terkilan dengan segelintir netizen yang tidak bertanggungjawab menyebarkan wajah anaknya, Bilal menerusi platform media sosial.

Bahkan, selepas  memberi kenyataan berhubung perkara tersebut, Neelofa akhirnya mengambil keputusan untuk mendedahkan kepada umum wajah putera sulungnya itu.

Dan, setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun ditonton sebanyak 6 juta tontonan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 23 Dec 2024

“Jangan Biar Hati Tu Membusuk” – Abby Abadi Tegur Netizen, Kecewa Masih Ada Yang Kutuk & Caci Maki Marissa Dania

Sana sini masih ada yang kutuk, caci maki anak saya. Cara komen tu konon paling tersakiti- Abby Abadi

Trending Wed, 24 Jul 2019
Hiburan Wed, 9 Jan 2019

Kehilangan Pekan Jadi Tanda Tanya, Rita Rudaini Buat Laporan Polis

Semoga Pekan cepat ditemui, kesian Mummy Rita dah rindu sangat tu…

Hiburan Mon, 25 Sep 2023
Featured Wed, 2 Nov 2022
Featured Fri, 29 May 2020

Pakai pelitup muka hanya apabila perlu, bukan sepanjang waktu

Elak kelemasan apabila melakukan aktiviti fizikal

Featured Sat, 1 Mar 2025

Pilih Privasi Demi Jaga Kesihatan Mental, Fathia Latiff Terkilan Kurang Dapat ‘Job’ – “Saya Tidak Pernah Berhenti Berlakon”

Fathia menolak dakwaan kononnya ada pihak beranggapan dirinya sudah berhenti berlakon.

error: Content is protected !!