Euforia Bola 2026
Events By: Atiqah Johari October 22, 2022 @ 7:23pm

[VIDEO] Sering Dihujani Soalan, Neelofa Kongsi Tips Untuk Istiqamah – “Tak Ada Cara Lain, Kena Paksa!”

Baru-baru ini, selebriti terkenal, Neelofa memaklumkan bahawa dirinya sering dihujani persoalan bagaimana untuk kekal istiqamah dalam beribadah dan menutup aurat.

Menerusi sebuah video perkongsian individu di TikTok, Neelofa ketika menghadiri majlis Festival Sunnah 2022 berkongsi tips untuk terus istiqamah berdasarkan pengalamannya.

Jelas pemilik nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 33, istiqamah bukanlah perkara yang mudah namun dia mengambil inisiatif secara paksaan dalam melakukan sesuatu ibadah.

“Orang ramai tanya saya, macam mana cara nak istiqamah adalah… paksaan, tak ada cara lain.

“Kena paksa, contoh kena paksa dengar ceramah-ceramah di Youtube… benda-benda yang senang tak perlu keluar rumah.

“Kena paksa pegang Al-Quran, kena paksa baca tafsir… malasnya nak baca Al-Quran… okay tak apa baca tafsir baca dalam hati sebab Al-Quran ini satu benda yang sangat istimewa di mana kadang-kadang baca tafsir pun boleh mengubah hati orang. Jadi, paksa!

“Nak berzikir pun kalau dulu aku boleh berzikir 100, 1000 tu sekejap je sekarang satu pun tak ada. So, kena cari tasbih, kena ada usaha tu,” katanya.

Menurut ibu kepada Muhammad Bilal itu, untuk istiqamah menutup aurat dengan sempurna memang susah namun dia mampu melakukannya atas sokongan rakan-rakan dan juga pasangan selain memaksa dirinya.

“Istiqamah inilah benda yang paling susah sekali sebenarnya kalau nak tanya. Nak pakai tudung senang, kita decide kita nak pakai tudung.

“Nak istiqamah untuk menghayati menutup aurat dengan sempurna tu is another story. Saya bukanlah orang yang tepat nak bagitau, tapi kalau sekadar pengalaman itulah… maksudnya banyak paksaan dalam usaha atas iman saya tu banyak paksaan tapi yang banyak membantu jugak ialah teman-teman dan pasanganlah,” jelas Neelofa.

@inr._____ #festivalsunnah #fyp #xyzbca #neelofa #istiqomah #festivalsunnah2022 #fypシ #neelofaharis ♬ original sound – irshanorsalwani

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan Neelofa untuk terus istiqamah perlu dilakukan dengan paksaan sehingga menjadi kebiasaan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 10 Jul 2023

“Bukan Waktunya Lagi Untuk Berlumba Dengan Penyanyi Muda” – Siti Nurhaliza

Bukan masa Siti nak bersaing dengan penyanyi muda sekarang!

Hiburan Fri, 5 Oct 2018

Awie Diarah Bayar Ganti Rugi RM 80,000 Kepada Bekas Isteri

Terdahulu, pelantun Tragedi Oktober itu didakwa dan telah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas pertuduhan mencederakan Rozana di kaunter Permodalan Nasional Berhad Jalan Tun Razak di sini pada pukul 3 petang, 2 Jun 2014.

Hiburan Thu, 5 Dec 2024
Featured Tue, 9 Jul 2024
Hiburan Sun, 4 Sep 2022

Berstatus Anak Pendakwah, Syafi Tee Jaga Nama Baik Ayah

Alhamdulillah, dah namanya anak pendakwah terkenal mesti kena jaga baik-baik. Tak gitu?

Anugerah Fri, 20 Jan 2023
Acara Tue, 9 Jun 2026

Ernie Zakri, Floor 88, Zubir Khan, Salma Asis Bakal Meriahkan Festival Ulang Tahun Ke-20 PJ

Ernie Zakri bakal menjadi antara tarikan utama pada malam kemuncak Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Petaling Jaya Ke-20 yang dijadual berlangsung pada 20 Jun ini di Laman MBPJ, Jalan Yong Shook Lin.

familuv Tue, 5 May 2020

Cara tanam uri bayi tanpa dikesan binatang liar, wahai ayah ini caranya!

Panduan berharga buat mereka yang bakal bergelar bapa

Featured Fri, 2 Sep 2022

“Tak Sangka Akan Viral, Saya Hanya Kongsi…” – Daiyan Trisha Akui Akrab Dengan Aedy Ashraf

Daiyan & Aedy rapat lama dah gais ✌🏻BFF for life la nii hehe ☺️

error: Content is protected !!