Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain October 23, 2022 @ 3:44pm

“You Lebih Teruk Darjat Dari Pondan” – Sajat Marah Siapa Tu?

Lantang dalam memberikan buah pendapatnya, kali ini pempengaruh dan usahawan Nur Sajat tampil mengulas isu tanggungjawab seorang lelaki sebagai suami dan bapa.

Baru-baru ini, tular sebuah video di mana usahawan itu membahaskan perkara tersebut sewaktu membuat ‘live’ di platform TikTok.

Mengakui fitrah asalnya adalah seorang lelaki, Sajat menyatakan biarpun kini dia tampil dengan jantina yang berbeza, dia tetap menjalankan tanggungjawab terhadap anak-anaknya yang berada di Malaysia.

“Kalau you lelaki tapi tak jaga anak disebabkan hubungan dengan perempuan tu (bekas isteri) tak sukses, you bukan lelaki, you adalah lebih teruk darjat you dari pondan,” katanya.

@xxlivehuntersxx @nursajat85 ♬ original sound – XxlivehuntersxX

Melihat kelantangan pempengaruh itu membahaskan isu terbabit, video yang dimuat naik oleh pemilik akaun @xxlivehuntersxx tersebut telah meraih lebih 900,000 tontonan dan 64,000 ‘likes’.

Malah, rata-rata warganet turut bersetuju dan kagum dengan pendapat yang dikemukakan oleh Sajat dan mendoakan agar dia kembali kepada fitrah asalnya semula suatu hari nanti.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 20 Aug 2018

Nah…Ismail Izzani Jawab Dakwaan Sombong Dengan Peminat

Permohonan maaf sudah dibuat kepada pihak terbabit, cuma saya sedikit terkilan kerana dia memilih untuk bersuara di media sosial. Ini membuka ruang kepada mereka yang tidak tahu cerita, melemparkan tuduhan.

Hiburan Sat, 14 Dec 2024
Hiburan Tue, 6 May 2025

Anak Tiri Nora Mahu Hentikan Sindiran, Tegas Tiada Isu Dengan Perkahwinan Bapa

Anak tiri Nora Ariffin iaitu Aya menjelaskan pihaknya tiada sebarang dendam

Hiburan Tue, 20 Sep 2022
error: Content is protected !!