Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain October 25, 2022 @ 5:24pm

Mila Jirin Ulas Isu Perkhidmatan Fotografi Di Bizmilla Selepas Dikecam Gara-Gara…

Penyanyi  dan usahawan Mila Jirin tampil memberi kenyataan balas mengenai isu yang telah diviralkan oleh seorang wanita yang kurang berpuas hati dengan pakej yang disediakan oleh syarikatnya, Bizmilla.

Terdahulu, tular di platform TikTok apabila seorang wanita meluahkan rasa marahnya selepas melihat kualiti foto perkahwinan yang diberikan oleh pihak Bizmilla tidak mencapai ekspektasinya.

@dyananoa Photohrapher hauk!!!! #weddingtiktok #weddingplanner #photographer #fypシ ♬ original sound – Kakak Garunk

Menyedari perkara tersebut, pelantun lagu Aku Lebih Tahu itu terpanggil untuk menjelaskan tentang pakej yang disediakan oleh pihaknya.
“Yang pertama, memang di Bizmilla kami bagi pakej perkahwinan lengkap. Dia ada dua jenis satu premium, satu basic.

“Dan yang kedua, memang dalam pakej tu kami bagi sesi fotografi dan videografi secara percuma sepanjang majlis untuk capture moment. Kami dah nyatakan ia bukan potrait video or cinematography photo ke apa,” katanya.

Malah, Mila juga menyatakan pihaknya tidak menghalang sekiranya pelanggannya ingin menempah jurugambar yang lain, sebaliknya dia tetap menyediakan perkhidmatan tersebut secara percuma.

“Kami di Bizmilla pun tak pernah kata tidak boleh hire photographer sendiri. Kalau nak hire photographer sender pun boleh

“Gambar-gambar yang kami masukkan dalam social media kami itu adalah hasil yang kami sampaikan kepada pelanggan. Tiada hidden agenda, semua diberikan secara jelas. Kami takda pun nak bagitahu kami ni the most professional photographer or videographer in the house,” jelasnya.

Susulan perkongsian itu, penyanyi tersebut turut mendedahkan pakej yang diambil oleh wanita terbabit  dan menyangkal dakwaan yang mengatakan ke semua gambar daripada pihak Bizmilla tidak berkualiti.

“Bagi majlis yang viral baru-baru ni, yang mention tentang hasil yang mereka terima. Saya dah check dengan team saya, pakej mereka adalah pakej basic.

“Pada saya, saya dah tengok gambar mereka dalam 500 lebih tu, bukanlah semua gambar tu seperti yang mereka upload dalam social media beliau.

“Ada gambar momen-momen yang cantik. Kenapa gambar momen yang cantik-cantik tu taknak dimasukkan dan diviralkan? Kenapa masukkan gambar yang tak ready?,” katanya.

@milajirin_bizmillaSaya ingin menjelaskan …. Sebab ramai DM saya dan cakap macam macam …

♬ original sound – MILA JIRIN

Dalam perkongsian lain, Mila juga turut meminta pendapat pengikutnya mengenai perkhidmatan fotografi yang disediakan oleh pihaknya.

“Pendapat korang, perlu ke saya STOP FREE GIFT PHOTOGRAFI dalam pakej BIZMILLA? Serba salah dah saya,” tulisnya.

@milajirin_bizmillaPendapat korang, perlu ke saya STOP FREE GIFT PHOTOGRAFI dalam pakej BIZMILLA? Serba salah dah saya ☹️

♬ original sound – MILA JIRIN

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Feb 2018

独具一格的Gegaria嘉年华

你有多久没有参与户外活动?周末是不是都宅在家、逛购物商场,又或只是看电影呢?小编上周六就去到了关丹达鲁尔马克穆尔体育场参与“Gegaria嘉年华”,从早到晚可说是节目不间断,无论是吃喝玩乐,都可在这里找到,绝对适合一家大小。

Trending Wed, 3 Feb 2021
Hiburan Wed, 9 Jul 2025

Konsert ‘Violet Skies’ Sarat Emosi & Kejutan, Tanda Cinta Siti Nurhaliza Buat Peminat

Violet Skies di Arena of Stars Genting penutup konsert solo Siti Nurhaliza tahun ini

Hiburan Sun, 12 Sep 2021

Haikal Farid & Weswey, Bakat Baharu Malaysia & Indonesia Bergabung Dalam Perihal Dirimu

Bakat baharu dalam bidang muzik, Haikal Farid dan Weswey muncul dengan lagu baharu yang berjudul Perihal Dirimu. Lagu yang menyentuh hati ini berkisar mengenai topik sayangi diri sendiri dan mencintai diri sebenar pasangan seseorang mendapat […]

Trending Wed, 3 Apr 2019
Hiburan Mon, 8 Jul 2019

Berlakon Bersama? Amar Baharin Letak Syarat!

Sukar sebenarnya untuk menjayakan watak sebagai suami isteri.

Trending Tue, 25 Jan 2022

Tawaran CNY tonton CINEMA: Sewa 1 Filem Korea dan Percuma 1 Filem Cina!

Bersempena dengan Tahun Baharu Cina atau Lunar New Year, tonton CINEMA menawarkan pakej menarik kepada pelanggan setianya iaitu sewa satu filem Korea, percuma satu filem Cina. Untuk melayakkan pakej ini, mereka perlu melayari laman sesawang […]

Hiburan Thu, 19 Sep 2024

Individu Dedah Sikap Fattah Amin Seorang ‘Introvert’, Baik Hati… – “Dia Suka Layan Anak, Tak Reti Berparti” 

Baik hati dan disayangi ramai kan Fattah.. Kita doakan yang terbaik untuk rumah tangga dengan Fazura

error: Content is protected !!