Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin October 25, 2022 @ 2:30pm

“Biar Saya Seorang Menanggung Beban”- Abang Viva & Keluarga Berdamai, Majlis Sambut Menantu Disember Ini

Selepas susur masa media sosial dikecohkan dengan kisah rumah tangganya, Azwan Omar atau Abang Viva memaklumkan dia dan keluarga telahpun berdamai.

Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya baru-baru ini.

“Alhamdullillah segala perselisihan faham telah diselesaikan dan kami menjadi seperti dahulu kembali. Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan saya.

“Biarlah apa yang berlaku dan apa yang kami bincangkan menjadi rahsia antara keluarga kami,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Azwan juga memohon agar orang ramai tidak melontarkan kata-kata kecaman berkaitan keluarganya selepas ini.

“Saya wakil dari seluruh keluarga memohon maaf atas segala yang telah terjadi, dan saya berharap tiada lagi kecaman atau isu yang akan dikeluarkan. 

“Jika ada kebencian, pertanyaa atau apa-apa boleh terus bertanyakan kepada saya sahaja. Biarlah saya seorang yang menanggung segala beban. Terima kasih dan maaf sekali lagi kepada semua,” katanya.

Sementara itu, Azwan juga memaklumkan majlis resepsi perkahwinannya bersama isteri akan diadakan pada Disember depan.

“Insya-Allah majlis perkahwinan kami akan dibuat pada bulan Disember tahun ini,” jelasnya.

 

Terdahulu, isteri Abang Viva meminta orang ramai agar memberikan ruang kepada suaminya untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN:“Beri Mereka Ruang Selesai Isu Adik Beradik, Pasal Mak Ayah Dah Okay…”- Isteri Abang Viva Tenang Terima Kecaman

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Nikah Tanpa Pengetahuan Keluarga, Abang Viva Tampil Buka Mulut – “Dah 5 Kali Cakap Pada Mak, Cuma Mereka Tak Setuju Dengan Pilihan Hati Saya…”

ARTIKEL BERKAITAN:Abang Viva Didakwa Kahwin Tanpa Restu Keluarga? Luahan Hati Kakak Curi Perhatian – “Mungkin Kami Hanya Beban, Rupa Buruk & Busuk!”

ARTIKEL BERKAITAN:Tahniah Wira Malaysia! Ramai Sokong Abang Viva Terima Pingat Jasa Kebaktian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 24 Oct 2024

Debaran Kian Terasa, Saksikan Final Showcase #XTRAXSTAR2024 Esok!

Jangan lupa saksikan #XTRAXSTAR2024 final esok okay! 🫡✨

Hiburan Thu, 22 Nov 2018
Trending Tue, 8 Sep 2020
Hiburan Mon, 25 May 2026

Dekati Golongan Asnaf & Kurang Kemampuan, Quranic Madani Jadi Platform PU Riz Kongsi Pendidikan al-Quran

PU Riz meneruskan usaha dakwah dan pendidikan menerusi pelaksanaan program Quranic Madani yang dimulakan bersama penghuni rumah kebajikan, Rumah Titian Kaseh, baru-baru ini.

Hiburan Sun, 24 Aug 2025

“Konsert Solo Berskala Besar? Saya Tak Nak Buat Ala Kadar” – Dayang Nurfaizah

Dayang Nurfaizah mahu persembahan terbaik untuk peminat.

error: Content is protected !!