Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari October 25, 2022 @ 10:19pm

[VIDEO] Hampir Setahun Mendiamkan Diri, Peminat Kecewa Penghijrahan Ameera Khan Teruk Dikecam – “Menghukum Jangan Sampai…”

Masih tidak kelihatan aktif di laman sosial, namun ada yang melaporkan bahawa adik kepada selebriti Neeelofa, Ameera Khan kini tampil dengan imej baharu dengan mengenakan pakaian yang sopan dan menutup aurat berbanding sebelum ini.

Susulan itu, menerusi akaun TikTok yang dicipta oleh peminatnya memuat naik sebuah video yang berbunyi seperti kesal dengan segelintir warganet yang sering menghukum dan menghina Ameera mengenai cara pakaiannya.

“Dulu dihina sebab tak tutup aurat.

“Sekarang dalam fasa memperbaiki diri pun masih lagi dihina,” tulis individu itu.

@littlemisskhan._ Menghukum jangan sampai menghina 😊 #lmk #ameerakhan #fyp #foryou #foryoupage #fypp #fypage ♬ original sound – I . S . A ✌🏼 – ALONGRORO 🧬

Manakala, individu tersebut meminta orang ramai untuk tidak menghukum Ameera sehingga melontarkan kata-kata hina.

“Menghukum jangan sampai menghina,”katanya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memberi kata-kata semangat buat Ameera untuk terus istiqamah dan memintanya untuk tidak melayan segala komen negatif warganet.

Terdahulu, Ameera Khan menerima kecaman teruk daripada warganet gara-gara memakai hijab secara on-off dan gaya pemakaiannya yang dianggap kurang sopan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 24 Jan 2025

Sedia Jalin Kerjasama, Haqiem Rusli Puji Kai Deva Unik

Lagu ini lagu legenda, jadi saya tidak perlu fikir banyak – Haqiem Rusli

Trending Tue, 8 Jun 2021
Kisah Viral Mon, 27 Jan 2025
Featured Sun, 13 May 2018

Ucapan Selebriti Buat Ibu Tersayang Sempena Hari Ibu. Awww…So Sweet

Selebriti tanah air juga tidak melepaskan peluang untuk menzahirkan penghargaan serta menunjukkan tanda kasih sayang mereka kepada wanita yang melahirkan mereka di muka bumi ini. 

Featured Mon, 29 Jan 2024

Individu Wanita Dituduh Pecah Amanah, Dakwa Pelakon Wanita Popular ‘Spin’ Banyak Cerita?

Panas! Agak-agak siapa pelakon wabita popular tu?🔥🔥🔥

Hiburan Thu, 8 Feb 2024
error: Content is protected !!