Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari October 25, 2022 @ 10:50pm

Didakwa Rogol Pelajar Tingkatan 2, Enam Remaja Mengaku Bersalah!

Enam remaja berumur 15 tahun telah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret atas dakwaan merogol seorang pelajar Tingkatan Dua di Tawang antara Ogos hingga September lalu hari ini.

Pengakuan yang melibatkan enam tertuduh itu telah direkodkan ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Fauzan Mohd Suhairi.

Tambah, masing-masing didakwa atas dua hingga tiga pertuduhan.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa telah merogol mangsa yang sama berusia 14 tahun 10 bulan yang berlaku di sebuah bilik di kedai makan di Jelawat, Bachok.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di antara jam 12.30 tengah malam hingga 2.30 pagi pada pertengah Ogos sehingga September.

Sehubungan itu, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Lagi, pendakwaan tersebut dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hakimie Ab Hadi dan kesemua tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Norizaidah Abdul Salam.

Untuk makluman, Mohd Hakimie memohon supaya tidak jaminan ditawarkan namun Norizaidah pula memohon supaya jaminan ditawarkan atas sebab semua tertuduh masih bersekolah dan daripada keluarga yang susah.

Susulan itu, mahkamah telah membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 untuk setiap pertuduhan dan menetapkan semula tarikh sebutan pada 13 Disember.

Namun begitu, dua lagi tertuduh didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tiga pertuduhan merogol mangsa, tarikh dan lokasi yang sama.

Kedua-dua tertuduh yang berumur 18 tahun itu tidak mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Kemudian, mahkamah membenarkan seorang daripada tertuduh diikat jami sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin namun seorang lagi tidak dibenarkan.

Mahkamah turut menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 23 November.

Sumber: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 Feb 2026

Zahirah Macwilson Nafi Hamil Anak Ketiga – “Mungkin Perut Saya Buncit”

Pelakon jelita, Zahirah Macwilson menafikan dakwaan dirinya kini sedang hamil anak ketiga seperti yang didakwa segelintir pihak.

Selebriti Fri, 24 Apr 2020
Featured Fri, 27 Jan 2023
Hiburan Wed, 8 Jan 2020
Hiburan Fri, 7 Apr 2023
Featured Sat, 18 Apr 2026

Black Hanifah ‘Rindu’ Vibes AJL, Yakin Hijab Rindu Mara Ke Final AJL40 – “Saya Doa Lagu Ni Ada Tempat”

Black Hanifah meluahkan hasratnya untuk kembali menghangatkan anugerah ini setelah sekian lama.

Hiburan Sat, 13 Sep 2025
Trending Mon, 21 Aug 2023

Jom Nikmati Keenakan Teh Tarik Ori Dari F&N Ini Sambil Tonton TikTok Awards MY 2023!

Tak lama lagi acara terbesar TikTok pada tahun ini iaitu TikTok Awards MY 2023 akan berlangsung di Kuala Lumpur. Tak sabar rasanya nak tahu siapakah content creators yang akan dinobatkan sebagai pemenang.  Sambil layan TikTok […]

error: Content is protected !!