Euforia Bola 2026
Featured By: Dharnieya Nur Amelsa October 27, 2022 @ 6:46pm

Terpesona Dengan Suasana KL Setiap Kali Tonton Laungan Azan Di TV, Kisah Hidup Atu ‘Lari Rumah’ Selepas 17 Tahun Di Kampung Jadi Inspirasi

Sebut saja nama pelawak Atu Zero, sudah pasti ramai yang mengenali dirinya oleh kerana perwatakan lucu dan gila-gila.

Terbaharu, Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif, 30, berkongsi kisah lampaunya mengenai dirinya yang tidak pernah menjejakkan kaki keluar dari kampung halamannya sejak kecil.

Dek kerana terpesona melihat sedutan rakaman suasana bandar Kuala Lumpur setiap kali azan dilaungkan di kaca televisyen, Atu memutuskan untuk lari dari rumah dengan duit hasil kerja buruh kasar tanpa bantuan sesiapa.

Menurut pelawak itu, dia hanya mengikut ejen yang terlibat dalam menguruskan pengambilan pekerja asing.

Atu terpaksa tinggal beramai-ramai di ‘dorm’ yang disediakan persis ‘ikan sardin’ bersama 20 orang individu yang tidak dikenali.

Atu turut berkongsi pengalaman pertama kalinya bekerja di Kuala Lumpur sebagai seorang pengawal keselamatan di sebuah pusat membeli-belah.

Kemudian, dia pulang semula ke Sabah selang empat tahun berikutnya, sebelum mengikuti uji bakat program pencarian bakat komedi bersama kumpulan Zero.

 

 

Walaupun perkongsiannya itu penuh dengan lawak spontan, namun warganet terinspirasi dengan turun naik kehidupan Atu semasa pertama kali merantau ke Kuala Lumpur.

 

Sumber: Youtube Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Featured Mon, 1 Dec 2025

Anak Alahan Teruk, Zahirah Macwilson Serahkan Kucing Kepada Ameera Khan

Menurut Zahirah, Isaac sangat menyayangi kucing berkenaan namun, alahan yang dialaminya menjadi semakin sukar untuk dikawal.

Featured Sat, 23 Aug 2025
Hiburan Sun, 8 Mar 2026
Featured Tue, 9 Jan 2024
Trending Fri, 23 Mar 2018

Risau Datuk Takkan Hidup Lama, Wanita China Ini Berkahwin Dengan Datuk Sendiri?

Seorang warganegara China, Fu Xuewei, yang masih single bimbang jika datuknya yang sedang sakit tenat takkan sempat untuk menghadiri perkahwinannya pada suatu hari nanti.

Featured Mon, 24 Jun 2024
Hiburan Fri, 24 Nov 2017

“Saya Nampak Masa Depan Saya Di Mata Fattah Amin”

Fokus kepada ibadah umrah dahulu dan nantikan pengumuman tentang pertunangan

error: Content is protected !!