Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 28, 2022 @ 6:45pm

“Kalau You Like, You Like” – Alyph Jelaskan Lagu Swipe Bukan Sekadar Tentang ‘Dating Apps’ Tetapi…

Penyanyi rap, Alyph kini hadir dengan single baharu yang berjudul Swipe dengan menampilkan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida.

Alyph atau nama sebenarnya Alif Abdullah menceritakan bagaimana idea Swipe itu datang dengan membawakan usahawan sensasi itu.

“Saya ambil masa 2 hingga ke 3 tahun untuk mencari diri dengan sound saya. Sebelum ni saya banyak hasilkan lagu untuk banyak artis jadi saya pun mula rasa kekok bila produce untuk diri saya, saya tak biasa.

“Lagu ni sebenarnya pendek, cuma 2 minit sahaja dan saya mahu feature orang lain tapi saya tak mahu feature dahulu, apa yang saya buat saya pergi ke YouTube dan cari filem, dokumentari dan suara orang yang mempunyai skrip yang menarik.

“Jadi saya ambil dan masukkan dalam lagu, ada banyak suara dan akhirnya ada sebuah klip rakaman yang memaparkan Datuk Seri Vida sedang ketawa dan kebetulannya suara dia yang paling sesuai.

“Bila label rakaman dengar dan mereka cakap boleh panggil DSV untuk tengok hasil sama ada dia setuju atau tak, dan sekurangnya dia boleh bercakap sesuatu dalam sebahagian lagu tersebut.

“Alhamdulillah, dia sudi dan kami mulakan rakaman,” ujar Alyph ketika ditemui XTRA pada sidang media pelancaran lagu Swipe di Dadi Cinema, Kuala Lumpur pada Rabu.

Swipe mungkin didengari seperti sebuah lagu tentang aplikasi mencari pasangan, tetapi bagi Alyph ia adalah bagaimana untuk seseorang yakin dengan diri sendiri tanpa ragu.

“Secara jujurnya, idea datang ketika saya bermandi, jadi selalunya ketika mandi saya akan banyak idea, fikir kehidupan seharian.

“Saya tertarik dengan ayat ‘If I like I don’t care if its hype, not hype, if you don’t like it, just swipe’.

“Selepas beberapa hari, saya di dalam studio, saya teringat balik demo tersebut dan saya buat rentak dalam beberapa kali dan saya dapat tempo yang betul. Satu hari sahaja dah siap.

“Ia bukanlah kepentingan aplikasi mencari pasangan tetapi ia adalah keyakinan dalam diri kita sendiri. Kalau ‘you like, you like’. Tak kisah orang cakap apa,” jelasnya.

Disoal adakah dengan menampilkan Vida dalam karya ini ibarat ‘melacurkan’ muzik hip-hop, Alyph memberitahu dia hanya mahu sentimen tersebut dihapuskan.

“Bila saya berkolaborasi dengannya apa yang saya mahu lakukan ialah untuk hapuskan sentimen tersebut.

“Saya nak tunjuk media sosial adalah apa yang kita lihat. Semuanya tentang citarasa, jika citarasa itu menarik, Insya-Allah hasilnya akan menarik.

“Sebab terlalu ramai orang cuba buat benda viral, keutaman mereka adalah untuk tular semata-mata.

“Saya boleh sahaja nak buat kontroversi tanpa melibatkan Vida tapi saya pilih untuk tidak buat begitu. Itu bukan sebab mengapa beliau ada dalam lagu ini. It can be done tastefully.

“Dengan kolaborasi ini, saya nak hancurkan sentimen itu selamanya,” katanya.

Berbicara mengenai perancangan akan datang, Alyph bertekad untuk sentiasa menghasilkan muzik buat karier solonya malah album terbaharunya juga akan menjengah halwa telinga peminat tidak lama lagi.

“Saya boleh buat perjanjian yang saya tak akan makan banyak masa untuk release banyak muzik sebab sebelum ini saya mengambil masa yang agak lama untuk mencari diri saya.

“Terutamanya sekarang kita berada dalam dunia streaming, kita hasilkan banyak content setiap hari dan Alhamdulillah ini masa saya untuk hasilkan perjalanan solo saya dalam dunia seni berbanding dahulu.

“Sekarang ini saya mahu keluarkan lagu dan sedang bekerja untuk keluarkan album, akan siap tak lama lagi,” tuturnya teruja.

Swipe kini boleh didengari di semua platform digital muzik manakala muzik video rasmi pula akan dilancarkan pada 28 Oktober 2022 jam 9 malam di YouTube.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Jun 2019
Hiburan Sat, 7 Feb 2026
Trending Sun, 10 Dec 2023

Dibunuh Angkara Dendam Kepada Ahli Keluarga? Ini Respons Datuk Zayn Rayyan

Semoga kes adik Zayn Rayyan segera dirungkai…selagi pembunuh tak dapat dikesan, selagi itu keadilan tak dapat ditegakkan.

Hiburan Fri, 12 Jun 2026

Sering Jayakan Watak Suami & Bapa Orang, Hariz Hamdan Dah Ramai Penasihat Rumah Tangga

Walaupun baru berusia 24 tahun dan masih bujang, pelakon Hariz Hamdan sering menerima tawaran membawakan watak suami, bapa & lelaki yang jauh lebih matang.

Trending Fri, 1 Nov 2019

Rakyat Singapura Takut Lipas Lagi Daripada Mati

Lain orang lain takutnya bukan ?

Hiburan Fri, 27 Jul 2018

Zahirah MacWilson Tak Tolak Jodoh Sesama Artis

Ditanya kehidupannya sejak bergelar solo, kata Zahirah dia kini lebih happy!

Trending Tue, 21 Nov 2017

Menteri Kantoi Kencing Tepi Jalan Pada Hari Tandas Sedunia

seorang ahli politik India terkantoi apabila videonya yang sedang membuang air keicl di kawasan awam menjadi viral

error: Content is protected !!