Euforia Bola 2026
Featured By: Halimey Zamal October 28, 2022 @ 4:45pm

“Sampai Kiamat Kita Takkan Boleh Melupakan” – Iddin Ramli Kongsi Tip ‘Move On’ Raih Perhatian

Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli berkongsi tips ‘move on’ dan ia mendapat perhatian ramai.

Menerusi video berdurasi 43 saat itu, Iddin mengupas isu berkenaan bagaimana untuk ‘move on’ daripada seseorang yang pernah kita sayangi dan membuat kita sangat takut untuk kehilangan individu tersebut.

“Kita nak lupakan seseorang, kita tak boleh nak melupakan! Mustahil kita boleh lupakan.

“Apa yang kita boleh buat adalah? Mengikhlaskan merelakan perkara itu terjadi. Untuk menerima takdir bukan melupakan, untuk move on  adalah ikhlaskan takdir itu terjadi. Insya-Allah, kita akan baik-baik,” jelasnya.

Jawapan itu merupakan respons untuk pertanyaan yang diajukan oleh salah seorang peminatnya.

“Hampir jatuh air mata jantan aku” tulis salah seorang netizen di ruangan komen yang tersentuh dengan kata-kata Iddin itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Iddin.

Ada juga dalam kalangan warganet yang meluahkan perasaan hiba mereka mengingati masa lalu bersama insan yang pernah mereka cintai namun ia hanya sekadar sementara sahaja.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 270,000 tontonan dan lebih 54,000 tanda suka.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 21 May 2019
Featured Tue, 27 Apr 2021

“Saya Terima Dengan Hati Terbuka, Jadikan Kompaun Pengajaran” – Neelofa

Selebriti popular, Neelofa dan suaminya, pendakwah Haris Ismail atau PU Riz dikenakan kompaun berikutan melanggar prosedur operasi standard (SOP) majlis perkahwinan mereka yang diadakan pada Mac lalu. Neelofa dan suaminya turut dikenakan kompaun kerana melanggar […]

Hiburan Fri, 20 Dec 2019

‘Sertai Program Realiti Bukan Cari Glamor Tapi…’ – Waris

Sebelum ini ada juga netizen yang kecam dan menuduh Waris membuat aktiviti amal untuk popular

Trending Mon, 11 Dec 2017

Bawa Senjata Walau Untuk Keselamatan Diri, Boleh Dipenjara Sehingga 10 Tahun

Bawa Senjata Walau Untuk Keselamatan Diri, Boleh Dipenjara Sehingga 10 Tahun

Featured Mon, 25 Jul 2022
Hiburan Mon, 26 Nov 2018
error: Content is protected !!