Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari November 1, 2022 @ 5:13pm

Hampir 2 Bulan Berumah Tangga, Shahir Zawawi Akui Bahagia & Alami Pertambahan Berat Badan Sebab…

Hampir dua bulan mendirikan rumah tangga bersama suri hati, Jaskin Jaludin, penyanyi Shahir Zawawi akui yang kini lebih bahagia kerana ada isteri yang mengurus sehingga mengalami pertambahan berat badan.

“Selepas kahwin saya semakin berisi. Alhamdulillah, semuanya lebih teratur dan pemakanan juga terjaga.

“Kalau nak tanya berapa banyak badan naik, anda tengok sudah tahu. Isteri saya memang pandai memasak.

“Masa bujang saya boleh kawal pemakanan, tetapi sekarang, bila isteri masak takkan saya tak nak makan,” katanya kepada BH Online.

Namun begitu, memetik laporan BH Online, pelantun lagu Kebahagian Dalam Perpisahan itu menyatakan bahawa dia tidak risau untuk tampil di media sosial dengan imejnya sekarang.

“Dahulu, saya tidak suka keluar dalam media sosial apabila badan saya berisi. Tetapi, sekarang saya amalkan konsep reda apabila bersama ustaz.

“Jadi, saya reda sahaja berat badan sekarang. Yang penting, saya sihat,” ujarnya lagi.

Untuk info, Shahir telah selamat disatukan dengan suri hati pilihannya pada 3 September lalu yang berlangsung di sebuah premis perkahwinan di One City, Subang Jaya.

Sumber: BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 1 Jun 2022

Mesin Air Mineral Beroperasi Tanpa Lesen Dipenuhi Najis Cicak Dan Serangga

Tahap kebersihan mesin air mineral sangat teruk sehingga terdapat najis cicak dan serangga.

Hiburan Fri, 27 Sep 2019

Rakan Artis Hadir Beri Penghormatan Terakhir Pada Yazit

Makin ramai yang pergi meninggalkan kita…

Hiburan Sun, 29 Oct 2023
Hiburan Tue, 27 Mar 2018

100% Leader Seo Min Woo Passes Away at Age 33!

He is way too young to be gone 🙁

Hiburan Mon, 2 Apr 2018

Song Ji Hyo Says She’s in Pain Now Thanks to Running Man

Having been on Running Man for 9 years has definitely taken a toll on her.

Featured Tue, 1 Mar 2022
Featured Tue, 3 Jan 2023
Featured Sat, 14 Jul 2018
error: Content is protected !!