Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir November 1, 2022 @ 5:13pm

[VIDEO] “Saya Mungkin Kembali Kepada Dia” – Sharifah Sakinah Pilih Berpisah Sementara Gara-Gara…

Pelakon Sharifah Sakinah mengakui masih sayang dengan suaminya, Michael Hensen.

Menerusi perkongsian @kosmoonline di TikTok, mereka mengambil keputusan untuk berpisah sementara demi menjaga anak-anak hasil perkahwinan dahulu.

“Saya tak kata ini pengakhiran! Saya mungkin kembali kepadanya. Tetapi bukan sekarang kerana anak-anak masih kecil. Sebab itu kami tidak boleh duduk serumah.

“Dia (Michael) punya budaya kena jaga anak walaupun dah bercerai. Seminggu anak dekat bekas isteri, seminggu kemudian dengan dia. Kalau dia pindah sini, dia kena bawa bekas isteri dan anak.

“Kami tidak mahu drama seperti itu. Tak apa, kalau kami ada jodoh, mungkin bukan sekarang tetapi mungkin 10 tahun lagi, saya akan kembali dekat dia. Saya masih cintakan dia,” katanya.

@kosmoonline Saya masih cintakan Michael – Sharifah Sakinah #sharifahsakinah #beritatiktok #beritatiktok ♬ Beta Janji Beta Jaga (Janji Putih) [Short Ver] – Arvian Dwi

Menurutnya, hubungan jarak jauh merupakan antara faktor perpisahan dan dia juga terpaksa melupakan keinginan untuk menimang cahaya mata lagi.

“Saya cuma tak nak hubungan jarak jauh. Penat tau! Bila awak memerlukan dia di rumah tetapi dia tak ada. Tenaga dah habis dekat situ. Saya nak gembira. Nak fokus dengan kerja. Ini asyik marah saja.

“Kami tak boleh nak ada anak. Saya memang nak anak tetapi tak boleh macam ini. Dia bukan sejenis lepas tangan selepas saya dah melahirkan anaknya. Dia nak jaga anak sebab dia seorang bertanggungjawab,” jelasnya.

Dalam pada itu, Sakinah menegaskan status mereka masih suami isteri namun tidak terikat untuk berkenalan dengan orang baru.

“Tahun pertama dan kedua, kami survive. Tahun ketiga saya rasa memang rasional untuk kami berpisah sekejap. Bukan bercerai tetapi berpisah.

“Tetapi kalau saya jumpa lelaki lain, saya akan minta cerai. Sebab saya tak nak nanti ada mulut lain bercakap,” ujarnya.

Untuk rekod, pada Februari lalu, Michael dan Sakinah mengumumkan sudah sah bergelar pasangan suami isteri tetapi tarikh perkahwinan mereka dirahsiakan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 6 Jan 2019

Anak Menteri Antara Dua Ditahan Di Pusat Hiburan Kerana Positif Dadah

Lelaki berusia 31 tahun itu ditahan bersama seorang lagi lelaki berusia 33 tahun apabila didapati positif dadah jenis ganja.

Hiburan Fri, 18 Apr 2025
Featured Fri, 5 May 2023
Featured Tue, 9 Dec 2025

“Orang Lain Boleh Cakap Apa Je Tapi Tak Boleh Jadi Macam Awak”- Noor Nabila Titip Pesanan Padu Buat Ameera Khan Sempena Sambutan Hari Lahir

Nabila menyifatkan Ameera sebagai figura muda yang telah berjaya membina nama serta pencapaian sendiri dalam industri fesyen dan media sosial.

Featured Wed, 13 Oct 2021

“Tak Habis Fitnah Orang Lain & Promote Kebodohan Sendiri..”- Ustaz Abu Syafiq Promosi Sijil Vaksin Palsu, Netizen Minta Ambil Tindakan

Baru-baru ini tular mengenai kes seorang pendakwah yang dikenali dengan nama Ustaz Abu Syafiq mengupas beberapa isu sensitif berkaitan agama di laman sosialnya yang boleh mengundang salah faham orang ramai. Terbaru, Abu Syafiq sekali lagi menjadi […]

Featured Thu, 8 Jul 2021

MKN Diharap Terus Tutup Ekonomi, Industri Non Essential Lepas Tamat PKPD

Majlis Keselamatan Negara (MKN) diharap terus menutup sektor ekonomi dan industri yang telah ditetapkan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tamat di banyak daerah di negeri Selangor. Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari perkara […]

error: Content is protected !!