Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi November 3, 2022 @ 6:24pm

Luar Biasa… Konsert Rossa 25 Shining Years ‘Full House’, Pertama Kali Suntik Konsep EDM Berjaya ‘Pukau’ Peminat!

Konsert Rossa 25 Shining Years berlangsung di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) semalam pastinya menjadi memori terindah yang akan terpahat buat peminat penyanyi tersohor negara seberang ini.

Datuk Seri Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani meluahkan rasa teruja di atas sambutan yang luar biasa dan sokongan peminat Malaysia yang turut menyanyi bersamanya sepanjang konsert berlangsung.

“Full house! (penuh). Saya sangat gembira dengan kehadiran mereka (peminat) ke konsert saya.

“Mereka ikut menyanyi bersama-sama ketika saya membuat persembahan di atas pentas dan itu membuatkan saya berasa sangat teruja,” katanya.

Pembukaan konsert yang gah dengan memakai busana bernilai RM235,000 sentuhan pereka fesyen terkenal Belanda, Iris Ven Harpen mencuri perhatian ramai yang terkesima melihat kejelitaan selebriti ini.

Rossa yang cukup terkenal menerusi lagu-lagu ‘galau’ balada yang sememangnya meruntun jiwa membuat kelainan dengan pertama kali menyuntik elemen Electronic Dance Musik (EDM) memeriahkan lagi penghujung konsertnya.

“Tak pernah saya buat lagi konsep EDM dalam konsert sebelum ini. Inilah yang membezakan konsert 25 Shining Years dengan yang sebelumnya. 

“Dalam konsert 25 Shining Years ini ada empat muzik direktor, Dandy Lasahido, Risyanda, Andi Rianto, dan Eka Gustiwana jadi saya sengaja mengajak lebih muzik direktor supaya konsert yang lebih dari tiga jam ini tidak membosankan,” katanya.

Di pertengahan konsert, Rossa mendendangkan lagu-lagu terkenal dari lima buah penyanyi tersohor demi menghargai mereka iaitu, Janji Manismu (Datuk Aisyah), Suci Dalam Debu (Iklim), Bukan Cinta Biasa (Datuk Seri Siti Nurhaliza), Isabella (Datuk Amy Search) dan Antara Anyer dan Jakarta (Datuk Shiela Majid).

Bukan itu sahaja, momen paling epik ketika konsert berlangsung adalah apabila selit elemen kejutan yang meminta rockers lagenda negara, Amy Search untuk bersama menyanyikan lagu Fantasia Bulan Madu dan Isabella.

Konsert Rossa 25 Shining Years di KLCC berlangsung selama tiga jam menghangatkan penonton dengan 30 buah lagu yang turut dihadiri oleh artis terkenal Indonesia, Cakra Khan serta selebriti Malaysia seperti Datuk Amy Search, Puteri Sarah, Fasha Sandha, Ifa Raziah dan ramai lagi.

Konsert yang dibawakan oleh Yayasan Prihatin Nasional itu juga diserikan dengan persembahan artis jemputan iaitu penyanyi Judika dan Hael Husaini.

Kredit foto: Bangsawan Pictures

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 4 Jan 2020
Featured Sat, 11 Apr 2020
Trending Wed, 18 Nov 2020
Cahaya Mata Tue, 8 Nov 2022

Anak Rahmad Mega Terima Ijazah Sarjana, Netizen Puji Kacak Macam Papa!

Pemenang program Terpaling Juara, Rahmad Mega menzahirkan rasa syukur di atas kejayaan anak lelakinya, Suhazri Amrin yang telah menamatkan pengajian dalam bidang Sains dan berjaya meraih ijazah sarjana di Universiti Malaysia Pahang (UMP).   View […]

Hiburan Tue, 29 Aug 2023
error: Content is protected !!