Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain November 6, 2022 @ 1:22pm

Hafiz Mahamad Tegur Pekerja ‘Toxic’, Beri Bonus 3 Bulan Gaji & Bercuti Sebagai Tanda Apresiasi

Usahawan terkenal Hafiz Mahamad tampil mencuri perhatian warganet apabila video dirinya yang sedang marah dan menegur sikap pekerjanya tular di media sosial, semalam.

Menerusi perkongsian di Instagram, Hafiz telah memuat naik video dirinya yang sedang memberi teguran kepada pekerjanya untuk menghapuskan suasana ‘toxic’ di tempat kerja.

“Ada waktu saya perlu tegas kerana sesuatu, kerana ini adik beradik saya. Mereka orang yang baik dan hebat. Takkan saya izin jika ada adik beradik berpecah belah.

“Sebelum saya umum sesuatu, ada perkara saya harus selesaikan dulu. Saya hanya nak mereka happy pada hari “bersejarah” ni. Saya akan share part by part harini. Harap ada manfaat. Kejayaan Demi Kebahagiaan,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Dalam perkongsian tersebut, usahawan itu juga telah menjemput seorang peniaga tisu yang bernama, Gobby sebagai contoh buat semua pekerjanya muhasabah diri dan sentiasa bersyukur dengan segala kemudahan yang disediakan oleh syarikatnya, Ainaa Beuty.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Selain itu, usahawan tersebut juga telah memuat naik video isterinya, Syafiqah Aina yang turut menegur sikap segelintir pekerjanya yang suka memburukkan antara satu sama lain.

Menyedari perkara itu, perkongsian tersebut juga dapat menyaksikan seluruh pekerja mereka menitiskan air mata kerana terkesan dengan teguran yang diberikan oleh pasangan usahawan itu.

Susulan perkongsian itu, Hafiz telah mengumumkan bahawa pihaknya ingin menghadiahkan bonus gaji selama tiga bulan buat semua pekerjanya selepas sesi teguran itu selesai dijalankan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Selain diberikan bonus, usahawan produk Ainaa Beauty itu juga mengumumkan untuk membawa semua pekerjanya bercuti selama empat hari tiga malam menaiki Cruise atau kapal layar sebagai tanda apresiasi.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Hafiz dan Aina yang berani menegur sikap pekerjanya demi mewujudkan keharmonian dalam organisasi perniagaan yang diuruskan.

“Seorang leader yang sangat bagus.. Semoga terus memberi inspirasi.

“Alhamdulillah. Beruntung dorang dapat boss yang baik, prihatin, penyayang..

“Team work yang hebat. Ketua yang bagus . Patut dicontohi.. tq Hafiz n Aina… Sumber inspirasi,” komen warganet

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Nov 2018

Bekas Suami Serina Redzuawan Bebas Tuduhan Khalwat

Akhirnya, selesai sudah kes kontroversi melibatkan Serina dan bekas suami

Trending Wed, 2 Oct 2019
Hiburan Tue, 20 Nov 2018

Peminat Nak Tengok Duet Bersama Bekas Suami, Apa Komen Nourul?

Sepanjang perkahwinan mereka dulu, banyak lagu romantis sempat dihasilkan. Ternyata ramai yang rindukan paduan suara mereka sehingga kini.

Hiburan Tue, 19 Feb 2019

Fiza Thomas Takut Kongsi Pentas Dengan Nabila Huda?

Fiza juga mengaku seorang yang ‘gila pentas’. Pantang nampak pentas, mood terus in character!

Hiburan Mon, 16 Dec 2024
Hiburan Fri, 20 Apr 2018

Bukan Cincin Tanda, Nelydia Janji Kongsi Berita Baik

Saya hanya mohon semua pihak mendoakan yang terbaik. Bukan mahu berahsia atau menyorokkan sesuatu, tetapi saya bimbang hal sama berulang seperti hubungan sebelum ini.

Events Thu, 14 Mar 2019

Tosca at Double Tree by Hilton Melaka Brings You a Reversal 5-Course Meal

Enjoy a delicacy of Italian dishes served backwards!

error: Content is protected !!