Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi November 8, 2022 @ 3:29pm

[VIDEO] UAI Jawab Isu Suami Digelar Dayus Gara-Gara Doktor Lelaki Sambut Isteri Bersalin – “Berkaitan Nyawa, Hukumnya Harus!”

Heboh di serata media sosial mengenai pendapat penceramah bebas, Ustazah Siti Afifah Shahbudin yang menggelar suami ‘dayus’ gara-gara membenarkan doktor lelaki menyambut isteri bersalin sehingga mencetus pelbagai reaksi kurang senang ramai pihak.

Susulan itu, penceramah selebriti terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) tampil memberi pandangan peribadi berhubung isu berkaitan ketika disoal oleh pengunjung di ceramahnya.

Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, UAI berkata hukum halal dan haram akan ‘diangkat’ bergantung kepada keadaan sama ada darurat atau berkaitan nyawa hidup dan mati seorang insan.

“Dengar baik-baik, hukum asal perempuan itu berubat dengan perempuan. Lelaki berubat dengan lelaki kerana masalah aurat. Perempuan sesama perempuan, haram melihat tetapi lebih berat jika berlainan jantina.

“Barangsiapa yang masuk kepada situasi yang tidak boleh membuat pilihan, bukan sengaja dan tidak berlebih-lebihan, tidak berdosa. Keadaan darurat itu membolehkan apa yang tidak boleh.

“Jika berkait dengan nyawa, iaitu ibu dan anak dalam kandungan maka oleh kerana tidak ada doktor perempuan, maka tidak berdosa doktor lelaki menyambut kelahiran. Kenapa pergi cakap suami dayus pula? Tak haram,” jelasnya.

Mengulas lebih lanjut, UAI berkata hukumnya akan jatuh haram sekiranya suami masih mahu menggunakan khidmat doktor lelaki meskipun telah diberi doktor wanita.

“Jadi orang yang berduit, boleh pergi klinik swasta. Yang kurang berkemampuan, boleh pergi klinik kerajaan.. Nasib baik dapat doktor wanita, nasib tak baik dapat doktor lelaki tapi hukumnya harus,” katanya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Begitu Murahnya Maruah Kamu Di Mata Suami” – Isu Bersalin Guna Doktor Lelaki, Ustaz Pula Bagi Pandangan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 22 May 2023

Hot FM Umum KJ Jadi DJ Hingga Disember Ini

Makin seronoklah Hot FM lepasni!

Kisah Viral Thu, 9 May 2024

Bapa Faisal Halim Reda, Yakin Anak Tak Ada Musuh – “Semoga Si Pelaku Dapat Hidayah”

Walaupun anak disimbah asid, tapi bapa Faisal Halim sempat titipkan doa untuk si pelaku 😭

Trending Tue, 28 Jan 2020

‘Virus Nipah’, Ramai Tak Tahu Malaysia Pernah Diserang Virus Paling Berbahaya 22 Tahun Lalu

Virus Nipah pernah meragut nyawa, virus ini rupanya berpunca dari..

Featured Fri, 10 Mar 2023

Asha Merican Morning Sickness Sampai Turun 10 KG

Uishhh, teruk juga morning sickness Asha ni 😳

Featured Mon, 28 Oct 2024

Kandungan Masuk Trimester Kedua, Nabila Razali Mengidam Makan Benda Pelik

Bertuahnya kalau mengandung tak de nak makan pelik-pelik😍

Eat Travel Mon, 6 Jan 2020

Resipi kuih tepung bungkus paling sedap dan mudah

Peminat kuih tradisional wajib cuba!

Trending Tue, 9 Oct 2018

摄影师不知自己拍到「百万张才有一张的神画面」

有时在自然界发生的一些景象,美好到完全不像是真实的,但是这些完美的巧合,却生动地描述出我们周围世界奇迹般的美!

Featured Wed, 29 Jan 2020
error: Content is protected !!