Featured By: Khairil Khusyairi November 8, 2022 @ 5:53pm

[VIDEO] Nurulhidayah Santai Berkempen Sambil Menyanyi, Akui Suka Hiburkan Pengundi – “Saya Ada Single, Orang Je Tak Tahu”

Anak kepada calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid ternyata sentiasa menjadi perhatian warganet.

Terbaharu, Nurul memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan aktiviti dia bersama kumpulan sedang berkempen di sebuah pasar pagi sempena Pilhan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menerusi video tersebut, dilihat Nurulhidayah sedang memegang mikrofon dan alat pembesar suara sambil mendendangkan sebuah lagu ketika berkempen.

Biarpun terpaksa berkempen dalam keadaan cuaca yang hujan, namun gelagat bersahaja Nurulhidayah tetap menjadi perhatian apabila tangan kanannya sentiasa memegang payung.

@dnznurul Kempen lagu Bagan Datuk ⚖️💙 #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #bagandatuk ♬ original sound – Nurul Zahid

Menerusi TikTok miliknya, Nurulhidayah juga ada memuat naik video berasingan yang memaparkan dia turut bernyanyi dalam sebuah majlis bagi meghiburkan hadirin yang hadir.

@dnznurul Konsert ❌ Kempen ✅ Tak perlu menyakiti sesiapa dalam berkempen. Berkempenlah secara sihat dan menghiburkan ⚖️💙 Gitewwwwww 🫰🏼 #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #kempensecarasihat ♬ original sound – Nurul Zahid

Sehingga kini video tersebut sudahpun mencecah lebih 1 juta tontonan di TikTok dan meraih lebih 20,000 tanda suka,

Memetik laporan mStar pula, Nurulhidayah memberitahu dia mengambil pendekatan secara bersahaja dan santai untuk berkempen di Bagan Datuk malah mengakui menyanyi adalah hobinya.

“Saya memang menyanyi sejak 2004, malah memiliki single berjudul Dari Kejauhan ciptaan Yassin Sulaiman. Orang je tak tahu sebab dulu tak ada media sosial.

“Saya beli speaker kat pasar pagi je, harga RM150. Saya beli di kedai uncle India semasa walkabout. Tak dirancang, semuanya berlaku secara spontan.

“Ini bukan konsert. Bukan ada pentas pun dengan ‘sound system’ mewah. Ia sekadar program santai sahaja,” ujarnya.

Tambah Nurulhidayah lagi, dia berkata apa yang dilakukannya adalah secara santai dan tidak berniat untuk menarik mana-mana pihak.

“Memang sejak dulu setiap kali berkempen, saya akan menghiburkan pengundi dengan menyumbangkan suara saya sendiri,” katanya.

Sumber: TikTok Nurul Zahid & mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Mar 2019

Pernah Kelar Tangan, Azam Smile Kongsi Pengalaman Depresi

Semoga cepat sembuh Azam & good luck untuk Atas Cintamu. Jom request di radio Hot & Kool FM hari ini!

Featured Tue, 23 Nov 2021
Hiburan Thu, 2 Jan 2020

Selepas Tiga Tahun, Justin Bieber Akhirnya…

Bieber yang bakatnya dicungkil menerusi platform Youtube pada tahun 2007 mencetuskan fenomena luar biasa di seluruh dunia.

Trending Mon, 9 Dec 2019

CEO Finas Diberi Tekanan Untuk Berhenti?

Ahmad Idham tamatkan kontral awal kerana ditekan.

Hiburan Wed, 26 Feb 2020
Trending Thu, 1 Oct 2020

Semua Negeri Kini Diklasifikasikan Sebagai Zon Kuning

Tingkatkan kawalan kendiri dan patuh SOP

Featured Fri, 10 Mar 2023

Cinta Lama Berputik Kembali, Aisha Retno & Aziz Harun Bersatu Dalam ‘Jarak’

Sweet sangat dua orang ni tau! Sedap sangat lagu duet mereka berdua dalam Jarak 😘 Jangan lupa dengarkan

Featured Sun, 17 Apr 2022
Featured Fri, 18 Mar 2022

Rakyat Malaysia Bangga Bahasa Melayu Menjadi Bahasa Kedua Komunikasi di Makkah & Madinah

Ada yang kata peniaga di sana siap kenal selebriti Neelofa, Siti Nurhaliza dan tahu trademark ‘Malu Apa Bossku’ 😂