Hiburan By: Padin November 9, 2022 @ 7:00am

PRU 15: Ini Senarai 7 Selebriti Yang Pernah Jadi Calon Piliihan Raya

Selepas pembubaran Parlimen ke-14 berlaku pada 10 Oktober lalu, bahang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) yang bakal berlangsung pada 19 November ini semakin dirasakan.

Pembabitan selebriti dalam bidang politik bukanlah sesuatu yang baharu di Malaysia. Selain aktif memacu jentera parti politik, ada juga selebriti yang pernah mewakili parti mereka sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum (PRU) atau Pilihan Raya Negeri (PRN).

PRU kali ini menyaksikan beberapa nama selebriti seperti Datuk Seri Eizlan Yusof (Gerakan Tanah Air – Parlimen Sabak Bernam), Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri (Gerakan Tanah Air – Parlimen Port Dickson) dan Lando Zawawi (Gerakan Tanah Air – Parlimen Tanjong Karang) bertanding merebut kerusi.

XTRA senaraikan selebriti yang pernah menjadi calon Pilihan Raya:

Abu Bakar Ellah

Penyanyi dari Sabah ini mencipta sejarah tersendiri dalam arena politik tempatan. Mula dikenali ramai semenjak muncul sebagai pemenang ketiga Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1995, Abu Bakar pernah bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuamut, Sabah pada PRU 11.

Herman Tino

Penyanyi veteran ini pernah bertanding di PRU 13 di Parlimen Tanjong Karang sebagai calon bebas. Bertanding menentang Tan Sri Noh Omar (BN – 20,548) dan Mohamad Rashdi Deraman (PAS – 16,154), Herman Tino hanya meraih 340 undi.

Dayangku Intan

Penyanyi popular 1980-an ini bertanding di kerusi Parlimen Pengerang di PRU 13 mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mendapat undi sebanyak 4,484, pelantun lagu Bertaut Di Dahan Cinta ini menentang Datuk Seri Azalina Othman Said (BN – 26,992) dan Mohd Azaman Johari (Bebas – 795).

Aishah

Pemilik nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin ini mewakili PAS pada PRU 13 dan bertanding di Parlimen Jempol, Negeri Sembilan. Meraih 22,495 undi, Datuk Aishah tewas menentang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (BN – 31,109).

Jimmy Palikat

Pelantun lagu Anak Kampung ini bertanding sebagai calon di PRN Sabah pada 2020 sebagai calon Bebas. Hanya meraih 60 undi, Jimmy bertanding menentang Jeffrey G Kitingan (STAR – 8,691), Laurentius Nayan Ambu (UPKO – 1,899), Silverius Bruno (PBS – 439), Damian Marcus Podtung (PCS – 326) dan Nordin Jaini (PGRS – 140).

Azwan Ali

Pengacara sensasi ini pernah bertanding di DUN Bukit Antarabangsa pada PRU 14 sebagai calon bebas. Menentang Datuk Seri Azmin Ali (PKR – 30,892), Salwa Yunus (BN – 5,380), Sharifah Haslizah Syed Ariffin (PAS – 2,311), Ahmad Kamarudin (Parti Rakyat Malaysia – 116), Azwan yang mesra dengan panggilan Diva AA ini meraih 90 undi.

Dira Abu Zahar

Bekas pengacara Melodi TV3 ini bertanding di PRN Melaka pada 2021. Bertanding di DUN Rim, Datuk Dira menang dengan 4,037 undi menentang Azalina Abdul Rahman (Parti Perikatan Nasional – 2,710) dan Prasanth Kumar Brakasam (Pakatan Harapan – 2,163),

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Hiburan Fri, 27 Apr 2018

艾维奇死因曝光「是自杀」家人悲痛

瑞典知名DJ艾维奇(Avicii)20日被发现陈尸于阿曼(Oman)首都马斯喀特,突如其来的消息震惊全球粉丝。相隔近一个礼拜后,他的家人26日发出声明,证实他是死于自杀。

Hiburan Thu, 21 Dec 2023
Hiburan Sat, 2 Dec 2023
Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Trending Mon, 26 Feb 2018

Resepsi Fairy Tale #fattzura. And They Live Happily Ever After…

Setelah bergelar suami isteri selama tiga bulan, pasangan pelakon popular, Fattah Amin dan Fazura diraikan dalam satu majlis resepsi penuh romantis bertemakan ‘Fairy Tale’.