Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin February 21, 2019 @ 6:00pm

Ini Jawapan Janna Nick Tentang Status Hubungannya Bersama Sheila Rusly

Ramai pihak seperti sudah dapat menghidu tentang spekulasi hubungan antara Janna Nick dan  pengarah serta penerbit terkenal, Sheila Rusly.

Bagaimanapun, Janna tidak ada sebarang komen atau mahu mengulas dengan lebih lanjut berkenaan kenyataan ini sehinggalah sebelah pihak lagi membuat kenyataan. 

“Saya hanya akan mengulas sekiranya pihak sebelah sana membuat kenyataan. Jadi sebaik-baiknya dapatkan dahulu kenyataan mereka. Saya juga tiada apa-apa komen berkaitan hubungan kami.” 

Sebelum ini, hubungan antara Janna dan Sheila Rusly atau lebih mesra dengan panggilan Sis ini begitu akrab sehingga perubahan yang berlaku begitu cepat dihidu oleh netizen. Bahkan, ada yang membuat spekulasi bahawa kenyataan yang dibuat oleh Sis menerusi laman instagram miliknya itu ditujukan untuk teraju utama drama bersiri Leftenan Zana, Janna Nick.

Bagaimanapun, Sis dilihat telah menjawab persoalan tersebut menerusi ruangan komen miliknya dan menegaskan bahawa statusnya itu tidak memerli mana-mana pihak. 
 
Dan, bagi Janna belaiu tidak mahu memikirkan sangat perkara tersebut sebaliknya tetap teruja mempromosikan drama Leftenan Zana yang kini telahpun bersiaran menerusi slot Lestary  pada setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam hanya di TV3.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 31 May 2025
Hiburan Mon, 27 Nov 2023

Tersingkir Famili Duo 3 Akibat Kifarah Berbalah Dengan Keluarga? Ini Respons Shila Amzah

Allahu takutnya cakap macam tu? 😳 Rezeki mereka sekadar di minggu ketujuh saja 🙏🏼

Hiburan Tue, 19 Nov 2019
Featured Thu, 12 Jan 2023
Events Fri, 15 Mar 2019

王力宏再任马宣明会大使!「炫富」助养16名孩童

王力宏再次出任马来西亚世界宣明会爱心大使,热心公益的他直言“助养16名孩童比物质的「炫富」显得更有意义。”

Featured Thu, 22 Sep 2022
error: Content is protected !!