Euforia Bola 2026
Events By: Dharnieya Nur Amelsa November 24, 2022 @ 6:23pm

Sering Jadi Pilihan Bawa Watak Sedih, Ini Respons Amyra Rosli

Pelakon terkenal, Amyra Rosli sering menjadi pilihan untuk membawa watak sedih dan berat dalam drama.

Menurut Amyra, watak yang ditawarkan adalah satu rezeki untuknya dan isteri pelakon Amar Baharin ini tidak pernah bosan untuk memegang watak-watak sebegitu walaupun ada yang mempersoalkan watak yang dibawanya.

Terbaharu, Amyra akan muncul dalam naskhah Kerasnya Takdir yang akan ditayangkan tahun hadapan.

“Ya betul, saya masih bawa watak sedih untuk drama Kerasnya Takdir ini. Ada je yang kata, Amyra tak bosan ke asyik pegang watak macam ini?

“Tapi saya cakap kenapa nak bosan dah kalau itu rezeki saya,” ujarnya kepada XTRA.

Amyra ditemui di sesi fotografi drama Kerasnya Takdir di Sri Pentas, Bandar Utama, semalam.

Selain itu, Amyra turut berpendapat penampilan berhijab mungkin menjadi batasan untuk dirinya membawakan watak-watak ‘ganas’ seperti dahulu.

“Dulu saya pernah je bawa watak antagonis, tapi ketika itu saya belum berhijab. Waktu dulu, macam macam boleh saya jayakan. Tetapi mungkin bila kita dah berhijab, ada batasan sedikit untuk menjadi ke arah ganas itu.

“Tapi kalau nak ikutkan, saya memang dari dulu banyak tawaran menjayakan watak ayu dan baik-baik ni,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Jul 2023

“Dia Sampai Tak Lalu Makan” – Syifa Melvin Kongsi Reaksi Safawi Rasid Ketika Umum Mengandung

Aik Pawi kenapa sampai tak lalu nak makan tu? 🤣🤣 Nervous ekk nak jadi Daddy?

Hiburan Mon, 16 Dec 2024
Trending Thu, 11 Apr 2019

‘ Masa Kena Tu Sakit…Sakit Sangat’- Wartawan Aduan Rakyat Kongsi Pengalaman Disondol Lembu

Tulis Juliana, Korang terhibur tengok saya, saya pulak terhibur baca komen komen korang…

Featured Tue, 14 Jan 2025
familuv Fri, 16 Nov 2018
Trending Fri, 17 Dec 2021

Rugi Ratusan Ribu, Fizie Tak Menyerah Kalah

Pengacara Didik TV, Fizie, 33, mendedahkan dirinya mengalami kerugian ratusan ribu ringgit apabila dua perniagaan yang dijalankan terpaksa dihentikan akibat pandemik. Biarpun pahit untuk menerima kenyataan, bekas penyampai radio Hot FM ini terpaksa membuat keputusan […]

error: Content is protected !!