Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal May 9, 2018 @ 3:36am

Grab Bakal Sorok Destinasi Penumpang Dari Driver

Minggu lalu, Grab Philippines mengenakan denda kepada 500 pemandunya selepas menerima maklumbalas mengenai banyak tempahan yang dibatalkan.

Dalam usaha mengurangkan jumlah tempahan yang dibatalkan, Grab Philippines mengumumkan bahawa sebilangan pemandunya tidak lagi akan dapat melihat destinasi dituju penumpangnya sebelum menerima tempahan.

Sebelum ini, pemandu boleh melihat destinasi penumpang sebelum mengambil keputusan untuk menerima atau menolak tempahan itu.

Fungsi baru ini akan memberi kesan hanya kepada 25% pemandu Grab di Filipina dengan kadar penerimaan rendah bermula 27. Bagi mengurangkan perangai pemandu yang sangat memilih, satu lagi fungsi Auto-Accept tempahan akan dilancarkan pada hari sama.

Ini bermakna, setiap tempahan akan automatik diberikan kepada pemandu dan akan dikenakan kepada semua pemandu Grab.

Berdasarkan Ketua Negara, Grab Philippines, Brian Cu, pilihan untuk melihat destinasi penumpang boleh didapati ketika awal pagi untuk tujuan perlindungan.

Buat penumpang pula, mereka haruslah memberikan maklumat akaun yang tepat dan lengkap untuk mengesahkan identiti mereka.

Adakah dua ciri dan fungsi ini akan digunakan di negara kita? Hati-hati ya pemandu Grab semua!

Ditulis oleh SGMS Epul

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Jun 2022
Hiburan Tue, 18 Apr 2023
Trending Fri, 22 Feb 2019

Teman lelaki Khloe Kardashian dituduh curang dengan kawan baik Kylie Jenner

Aduhai, tidak habis-habis drama swasta mereka ini!

Featured Fri, 30 Dec 2022

Netizen ‘Serang’ Irfan Khairi Semasa Sesi Live, Tanya Mana Rumah Siti Nurhaliza Di Dubai

Jutawan internet, Irfan Khairi yang kini menetap di Dubai ‘diserang’ netizen semasa sesi live di TikTok kerana ingin mengetahui keberadaan rumah Datuk Seri Siti Nurhaliza. @cikumi77 #CapCut #dubai –#sitinurhaliza #ctdk #irfankhairi #worldwide @Siti Nurhaliza ♬ suara […]

error: Content is protected !!